web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Panas! Didie Alias Mengupas Isu Tular di Lahar Net

Saksikan Didie Alias bersama Pink Azwan mencungkil kebenaran di sebalik isu-isu tular yang melanda industri hiburan Malaysia!

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 9:02AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersama pengacara yang menghangatkan suasana, Didie Alias berganding bahu bersama Pink Azwan selaku pengacara untuk satu program televisyen terbaharu bertajuk Lahar Net.

Menariknya, Didie dan Pink akan mengupas isu-isu semasa yang panas, kontroversi dan tular bersama barisan selebriti jemputan berlainan setiap minggu. 

Ini bukanlah kali pertama Didie menjadi pengacara, namun Lahar Net bakal menguji kecekapan Didie kerana ia melibatkan cara penyampaian secara kecaman yang spontan.

Kata Didie, “Lahar Net adalah program yang sangat menarik dengan konsep yang sangat berlainan. Ia membongkar kebenaran tentang sesuatu isu atau perkara yang tiba-tiba tular kepada penonton. Sebelum ini, warga maya hanya tahu menghukum sebelum mengetahui perkara sebenar. Saya harus berdiri, mewakili rakan-rakan artis untuk menjernihkan situasi.”

“Jika warganet tetap mahu kecam, silakan” – Didie Alias

Apabila bertanyakan tentang kesan terhadap dirinya apabila menyahut cabaran ini, Didie menjelaskan dia sudah biasa dikecam kerana itu adalah lumrah menjadi anak seni. Apa sahaja yang dilakukan, mungkin ada sahaja pihak yang tidak suka atau tidak bersetuju. Ia tidak menjadi masalah kepada Didie kerana dia sedia menerima sebarang kecaman.

“Itulah sebabnya Lahar Net diwujudkan kerana ia akan membantu kami, anak-anak seni untuk menjelaskan keadaan, tetapi jika warganet tetap mahu kecam, silakan,” ujarnya.

Tanggungjwab Pink Azwan sebagai pengacara bersama pula dianggapnya sebagai rezeki kembali bertaut, “Lahar Net adalah program yang diakalkan bersama penerbit untuk mengeluarkan sebuah program berkandungan tular. Ia bertujuan bagi mendapatkan jawapan apabila satu-satu artis atau pelakon dikecam hebat di media sosial atau berita.”

“Jika sesuatu isu itu menjadi tular, ia membuatkan saya tertanya-tanya apakah jawapan mereka sekiranya saya bertanya tentang penularan tersebut. Persoalan inilah yang mencetuskan idea dan konsep untuk Lahar Net,” katanya.

Tambah Pink, “Program ini bukanlah bertujuan untuk memperbesarkan api yang sedang marak, tetapi untuk memberi ruang kepada mereka menjelaskan perkara yang sebenar. Ia bagi mengelak peminat membuat andaian sembarangan serta menghukum mereka.”

Gandingan bersama Didie atau lebih mesra dipanggil sebagai Mummy oleh peminat, bukanlah suatu perkara yang rumit bagi Pink kerana bantuan dan tunjuk ajar pelakon dan pengacara senior itu membuatkan mereka serasi dan selesa sepanjang sesi rakaman. 

Saksikan Lahar Net (26 episod), bersiaran di Awesome TV di saluran 123, Astro atau 112, MyTV. Layari Awesome TV  untuk maklumat lanjut. – Getaran, 9 Mac 2021

Semua gambar: AWESOME TV

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 4 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara