web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belia Palestin Bantu Bersih Kompleks Perubatan Al-Shifa

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 12:21PM

Serangan tentera Israel menyebabkan kemudahan di Hospital Al-Shifa musnah. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDARAYA GAZA - Golongan belia Palestin pada Ahad melancarkan inisiatif membersihkan Kompleks Perubatan Al-Shifa secara sukarela dan memulakan sebahagian operasinya dengan menyediakan perkhidmatan dialisis buah pinggang.

"Hospital itu telah mengalami kerosakan, inisiatif itu bertujuan membersihkan dan mensteril peralatan bagi membolehkan hospital itu beroperasi semula terutama perkhidmatan dialisis," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Ketua Pengarah Hal Ehwal Pentadbiran Kementerian Kesihatan Gaza, Mahmoud Hammad.

Hammad berkata, nyawa pesakit buah pinggang akan terancam jika mereka tidak menjalani dialisis.

Serangan yang menyasarkan Kompleks Perubatan Al-Shifa menyebabkan setiap kemudahan termasuk peranti dan peralatan rosak.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan 100 trak bantuan yang mengandungi makanan, air, susu formula dan selimut telah memasuki wilayah utara Semenanjung Gaza pada Ahad.

Terdahulu pada Ahad, PRCS turut mengumumkan penghantaran satu lagi konvoi bantuan terdiri daripada 50 trak dari Rafah menuju ke Bandaraya Gaza dan ke kawasan utara. 

Konvoi terbabit sarat dengan bantuan dan bekalan makanan, air minuman, ubat-ubatan dan bekalan kecemasan.

Jeda kemanusiaan selama empat hari di bawah pengantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Jumaat telah menghentikan sementara serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah