web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wujud Keculasan Noraini Dalam Perkasa AUKU 1971

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 5:49PM

Haziq (dua dari kanan) menunjukkan pendedahan dokuman yang dilakukan ketika ditemui Getaran di Pusat Kerja dan Latihan Lembah Pantai, di sini, hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad didakwa culas dalam menambah baik Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Pengerusi, Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak berkata, ini dibuktikan menerusi hasil dapatan pemerkasaan jawatankuasa teknikal AUKU yang masih gagal diakses masyarakat awam walaupun ditubuhkan pada 2018.

Menurut beliau, status jawatankuasa itu juga masih tergantung sehingga hari ini.

“Satu Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan AUKU 1971 ditubuhkan selepas itu, bagi meneliti secara menyeluruh cadangan penambahbaikan akta terbabit, namun mesyuarat bagi membincangkan isu itu tidak pernah dilakukan sama sekali.

“Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 1, 2020 yang seharusnya diadakan pada 16 Oktober tahun lalu pula telah ditangguhkan kepada 30 Oktober 2020 dan kemudiannya ditangguhkan lagi ke satu tarikh yang tidak diketahui sehingga hari ini,” katanya kepada Getaran dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Wan Afiq Ikhwan Wan Alias; Presiden University of Malaya Association of New Youth (UMANY), Liau Pin Chun dan Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia, Syamil Luthfi Samsul Bahrin.

Haziq Azfar berkata, Noraini juga gagal menjawab bilangan mesyuarat yang diadakan jawatankuasa itu, menerusi soalan diajukan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di Dewan Rakyat pada 29 September dan 18 November lalu.

“Beliau hanya memberi jawapan dengan mengaitkan penganjuran sesi libat urus secara rambang dan hanya dilakukan sebelum setiap kali pertanyaan lisan terkait isu ini diajukan di Parlimen,” katanya.

Dalam sidang sama, Haziq turut mempersoalkan setiap hasil dapatan libat urus berkaitan harapan mahasiswa, terhadap usaha mengangkat autonomi mahasiswa, seperti dinyatakan menteri.

“Ia termasuk untuk melihat semula peruntukan di bawah Seksyen 15 dan Seksyen 16 AUKU,” katanya.

Menurut beliau, peruntukan itu perlu diuar-uarkan kerana melibatkan pertubuhan pelajar, dan mereka perlu diberi kuasa untuk mengendalikan hal ehwal kewangan persatuan.

“Dapatan untuk melihat semula akta itu hanya diulang-ulang tanpa menteri menunjukkan satu sikap jelas bagi melaksanakan cadangan tersebut. Ini membuktikan sikap acuh tak acuh Noraini dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap akta berkenaan.

“Penganjuran sesi libat urus itu dibuat secara rambang yang hanya bersikap tokenisme tanpa pelan strategik, untuk melaksana segala hasil dapatan daripada libat urus tersebut,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata, keculasan menteri dalam melaksanakan pendiriannya cukup dikesali kerana telah menjadi batu penghalang terhadap usaha mengembalikan kesatuan mahasiswa untuk bersifat lebih mandiri.

Sehubungan itu jelas Haziq, pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya isu itu dibangkitkan dan dipandang serius oleh kerajaan khususnya di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Kita akan hantar memorandum secepat mungkin dan kita minta agar beliau (Maszlee) menyambut isu ini kerana ia tidak boleh dibiarkan dan perjuangannya perlu diteruskan.

“Kerajaan perlu mengkaji semula beberapa dapatan daripada jawatankuasa yang ditubuhkan pada 2018 bagi memastikan autonomi mahasiswa dan universiti sendiri dapat dielakkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sesi libat urus dilakukan antara universiti, Wan Afiq Ikhwan berkata, inisiatif berkenaan hanya gimik dan pembaziran kewangan daripada KPT kerana tiada penambahbaikan yang dilaksanakan sehingga kini.

“Sesi libat urus itu sepatutnya melibatkan semua mahasiswa dan bukan hanya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau kesatuan mahasiswa, supaya tidak berlakunya ketidaktelusan dalam mencapai keputusan.

“Pelaksanaan sesi libat urus itu positif namun bila kita beri cadangan kepada pihak kementerian, kita masih menerima jawapan yang sama. Kita kesal dengan kepentingan politik yang berlaku di peringkat KPT sehingga menyekat suara mahasiswa,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Azalina, Fahmi Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkaitan Jenayah Siber

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Cadangan Lantik Pakar Bukan Islam Dalam Jawatankuasa Khas Tidak Berasas - Mohd Na'im

3

Politik 11 bulan yang lalu

Masih Ada Program Perguna Penuntut IPTA, ‘Tak Sangka Ada Lagi Benda Macam Ni’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

E-Tunai Belia Rahmah, Nilai Tambah Kepada Inisiatif Sedia Ada Bantu Mahasiswa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi