web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bentuk Kerjasama Mantap, PH Perlu Jemput Semua Parti Pembangkang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 8:57PM

Hannah Yeoh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) digesa untuk memperkasa serta mengekalkan sokongan diperoleh dari keseluruhan jentera pembangkang, demi menghasilkan hala tuju perjuangan yang jitu dan ampuh.

Tiga pemimpin wanita blok itu turut menyarankan agar parti pembangkang lain dijemput bagi menyertai PH, sekali gus membentuk kerjasama yang lebih mantap dan efisien.

Ia meliputi Parti Warisan Sabah (WARISAN), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, langkah tersebut juga amat bertepatan dengan hasrat dan pendirian PH, iaitu  membina kerjasama mengikut kerangka ‘khemah besar’.

"Biarpun PH dan parti pembangkang berjaya menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan, namun 105 sokongan yang dimiliki beliau masih tidak mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini.

Turut menandatangani kenyataan berkenaan ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Dewan Negara, Aiman Athirah Al Jundi.

Hannah yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah kerajaan PH berkata, kerjasama itu perlu diikat kemas supaya sokongan padu serta kekuatan angka 105 ini dapat meyakinkan rakyat di seluruh negara.

“Kita mahu meyakinkan semua rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bahawa PH merupakan pilihan paling tepat untuk memimpin Malaysia. Mohon disegerakan," ujarnya. – Getaran, 24 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

3

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki