web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perpecahan UMNO, BERSATU Jadi Peluang Emas PH Di PRN Melaka

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 12:12PM

Dr Hussain Yusri Zawawi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Krisis politik antara UMNO dan BERSATU akan memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa di Melaka menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November nanti.

Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, kekuatan parti komponen blok pembangkang juga dilihat masih utuh dan bekerjasama dengan lebih erat ketika ini.

Menurut beliau, kesempatan itu perlu digunakan sebaiknya oleh PH dalam memulihkan kembali keyakinan rakyat untuk kembali menjadi kerajaan negeri Melaka seperti ketika menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Konflik dua parti itu amat memberi keuntungan kepada PH kerana hubungan di antara parti-parti komponen masih kukuh dan tidak berpecah seperti yang berlaku kepada UMNO dan BERSATU.

“BERSATU UMNO dan PAS jika berpecah, maka peratus undi Melayu akan hilang. Maka PH secara dasarnya akan peroleh undi terbabit. Inilah peluang terbaik buat mereka,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kelmarin, PAS akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Melaka yang dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, sehari sebelumnya.

Keputusan itu mengundang tanda tanya berkenaan status kerjasama ditawarkan UMNO baru-baru ini, yang mensyaratkan PAS menggunakan lambangnya sendiri di Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu juga mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang, baru-baru ini.

Namun, Ahli Majlis Syura, Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan partinya tidak memutuskan hubungannya dengan UMNO meskipun ia akan bertanding di pilihan raya negeri itu menggunakan logo PN.

Nasrudin berkata, penggunaan lambang PN hanyalah strategi politik untuk memastikan Melaka tidak jatuh ke tangan PH.

Ditanya berkenaan pendirian dilakukan PAS di PRN Melaka, Hussain yang juga  Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa UniSZA memaklumkan, tindakan itu seolah-olah memberi bayangan bahawa formula kebolehmenangan sudah ditemui.

Beliau berkata, MN yang dipelopori PAS dan UMNO sebelum ini menyaksikan pelbagai kejayaan ditempa dalam beberapa siri pilihan raya kecil akan semakin goyah, namun boleh berubah bergantung kepada keputusan PRN berkenaan.

“PAS mengambil pendekatan mengurangkan konflik pergaduhan politik dan mengambil tindakan dengan berhati-hati agar gabungan dan perpaduan yang dibina selama ini tidak roboh begitu sahaja.

“Walaupun BERSATU ada perkembangan positif namun lumrah dalam politik ada perkara yang kita setuju dan tidak setuju. Jadi, saya ingatkan PAS perlu lihat perkara ini dengan teliti dan jika tidak, parti itu tidak akan ada tempat dalam kerajaan selepas ini,” katanya.

MN yang dibina ini jelas Hussain, perlu digilap dan direncanakan dengan lebih baik selaras dengan matlamat dan objektif gabungan itu agar tiada pengkhianatan dilakukan dan perbincangan bersama perlu dilakukan secara bijaksana,” katanya.

Terdahulu, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS, selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020, iaitu memperkukuhkan MN.

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih awal membuat pengumuman pada 26 Oktober lalu, bahawa semua komponen PN iaitu BERSATU, PAS dan GERAKAN sepakat untuk bertanding pada PRN Melaka menggunakan lambang PN.

Sebelum itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam beberapa kenyataan membayangkan, parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo di pilihan raya tersebut.

Namun, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu menegaskan, UMNO dan BN akan berusaha mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti dalam kerajaan, termasuk dengan BERSATU.

Perdana Menteri turut memaklumkan, beliau diberi mandat oleh UMNO untuk berunding dengan PAS dan BERSATU bagi memastikan pertembungan sesama sendiri pada pilihan raya dapat dielakkan, serta menentukan bentuk kerjasama pada PRN Melaka selaras mandat diberi MKT. -Getaran, 5 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah