web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanding PRU: `Bukan Kapasiti Saya Buat Keputusan', Kata Hans

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 12:17PM

Hans Isaac - Gambar dari Facebook Hans Isaac

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Datuk Hans Isaac menolak spekulasi bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang pada pilihan raya akan datang.

Spekulasi itu susulan satu siaran di media sosial yang mendakwa beliau telah menyertai PKR dan akan bertanding atas tiket parti itu di kerusi yang kini disandang oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Dakwaan itu timbul sejak beberapa bulan lepas setelah Hans dikhabarkan akan menyertai politik, meskipun tidak diketahui parti mana yang akan disertainya.

Hans bagaimanapun mengesahkan kepada The Vibes bahawa beliau telah menyertai PKR, dan menekankan yang bertanding untuk kerusi Parlimen bukan keputusannya.

“Ia bukan dalam kapasiti saya untuk membuat keputusan itu.

“Untuk rekod, saya tidak pernah bercakap tentang perkara ini, tapi saya telah banyak kali ditanya tentang perkara ini dalam temu bual sejak beberapa bulan lepas,” katanya apabila dihubungi semalam.

Pengguna Twitter @EppyFizul semalam memuat naik dua gambar Hans bersama dengan beberapa ahli PKR. Ciapan itu disertakan dengan teks “Zuraida sedang menggigil...”

Satu lagi akaun Twitter @akukeadilan_ juga memuat naik gambar Hans dengan ahli PKR dan bertanyakan adakah beliau bakal menjadi calon untuk bertanding di Ampang.

Hans mengesahkan yang gambar-gambar itu diambil pada Isnin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Hans berkata, beliau hanyalah seorang “ahli parti biasa” dan hadir kerana ditemu bual untuk Suara Keadilan.

“Mulai hari ini, saya hanya akan menumpukan perhatian pada usaha-usaha parti di Ampang, kesepaduan di Ampang sangat penting dan membantu golongan yang memerlukan adalah fokus kami.

“Kami akan cuba membantu dengan sebaik boleh,” kata Hans. – Getaran, 3 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 10 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang