web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Sarawak Tempat Berebut Kuasa Politik - Fadillah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 5:54PM

Datuk Seri Fadillah Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa parti politik yang mahu bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dilihat lebih berminat dengan perebutan kuasa berbanding kesejahteraan rakyat di negeri berkenaan.

Sehubungan itu, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu menjadi pilihan utama pengundi menerusi PRN Sarawak pada 18 Disember ini.

“GPS telah pun dilaksanakan untuk mengemudi Sarawak semasa fasa pemulihan dan ke arah pembangunan serta kehidupan yang lebih baik untuk semua rakyat Sarawak.

“Marilah kita memenuhi visi untuk Sarawak. Janganlah kita diganggu oleh golongan yang bertelagah dan berpecah belah, tidak cekap, hanya berminat untuk merebut kuasa tetapi tidak mempunyai perancangan jelas untuk Sarawak,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen menegaskan blok tersebut akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pilihan raya di negeri itu.

Pada masa sama, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan partinya juga akan bertanding walaupun jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan masih dalam penelitian.

Parti berkenaan bagaimanapun dijangka mempertaruhkan nasib  kurang daripada 11 kerusi.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga merupakan Ketua Whip GPS memaklumkan gabungan itu kekal komited bagi memenuhi visi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem bagi mewujudkan kesejahteraan yang lebih baik buat rakyat di Sarawak.

“Satu contoh ialah pengisytiharan bersama Adenan dengan Kerajaan Persekutuan pada April 2015 iaitu semua pengangkutan Sarawak mesti bebas tol dan bebas feri.

“Hari ini, kita telah berjaya menjadikan seluruh Sarawak bebas tol dengan semua tol sedia ada telah dimansuhkan pada 2016 sebagai bukti,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadillah menegaskan kemajuan pesat dalam membuka Lebuhraya Pan Borneo bebas tol sepenuhnya menunjukkan komitmen GPS dalam membawa kemajuan besar, keselesaan dan keselamatan untuk masyarakat di Sarawak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, walaupun pembinaannya tertangguh akibat pembatalan pembiayaan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), penggunaan feri di Sarawak tetap ditamatkan menjelang tahun 2026.

“Baru-baru ini, terdapat jambatan yang siap dan sudah digunakan seperti Jambatan Batang Sadong (2016) dan Batang Samarahan (2018).

“Sebelas lagi jambatan bakal disiapkan pada tahun 2026 dan daripada jumlah itu, sembilan jambatan yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak juga kini berada dalam pelbagai fasa pembinaan dan dijangka dibuka dalam tempoh empat tahun akan datang,” katanya.

Dalam melindungi hak dan tanah di Sarawak, Fadillah berkata, GPS juga telah menyelesaikan proses pembelian semula empangan Bakun daripada kerajaan Persekutuan pada tahun 2017, dengan harga yang akan memastikan Sarawak mendapat keuntungan besar pada masa hadapan.

“Sarawak kini mengawal sepenuhnya penjanaan elektrik dan kapasiti penghantaran sendiri yang membolehkan rakyat Sarawak menikmati tarif terendah dan elektrik paling bersih di Malaysia,” katanya. - Getaran, 1 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang