web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 11:22PM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (depan, dua kiri) bersama pimpinan tertinggi parti meraikan kemenangan GPS di Borneo Convention Centre Kuching di sini, malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARAWAK - Kemenangan lebih dua pertiga Gabungan Parti Sarawak (GPS) disifatkan sebagai isyarat bahawa parti tempatan memiliki rekod cemerlang dalam mentadbir Sarawak.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kemenangan besar itu adalah bukti bahawa rakyat tempatan menolak parti berpangkalan di Semenanjung atau pihak luar untuk mentadbir Sarawak.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengundi Sarawak yang memberi mandat dan kepercayaan kepada GPS untuk terus menerajui dan mentadbir Sarawak, dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12).

“Penghargaan dan terima kasih juga kepada kesemua jentera parti yang bertungkus lumus dan bekerja keras di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi GPS,” katanya di sini, hari ini.

Fadillah berkata, kemenangan ini juga adalah amanah rakyat dan harus dipikul dengan penuh tanggung jawab oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS terpilih.

“Mandat ini adalah amanah rakyat bukan sahaja untuk ADUN GPS yang dipilih, malah untuk Ahli Parlimen GPS. Kami di peringkat Persekutuan akan terus memberikan khidmat terbaik demi Sarawak dan Malaysia.

“Semoga gelombang kemenangan ini akan berterusan dan membawa kemenangan lebih besar kepada GPS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti,” katanya.

GPS yang dipimpin Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menang 60 kerusi iaitu melebihi dua pertiga daripada jumlah keseluruhan kerusi DUN. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Filem Mat Kilau Kutip RM61 Juta, Kalahkan The Avengers

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

4 Ciri Canggih Teknologi Kereta Api Shinkansen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad