web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Masih 'Disanjung' Rakyat, Bukan Seperti Tun M dan Mukhriz

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 5:46PM

Mukhriz Mahathir dan Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyangkal dakwaan Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ‘lapuk’ untuk terlibat dalam arena politik negara.

Naib Ketua AMK, S Jestin Raj berkata, kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Jerlun itu jelas membuktikan sikap hipokrit dimiliki Mukhriz.

S Jestin Raj
S Jestin Raj

Menurut beliau, mengapa Mukhriz memilih untuk meneruskan kerjasama dengan Anwar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika benar zaman Ketua Pembangkang itu sudah berlalu.

“Saya juga ingin bertanya, bila Tun Dr Mahathir Mohamad akan bersara dari dunia politik walaupun sudah berumur lebih 96 tahun? Saya pasti Mukhriz akan ada jawapannya tersendiri. Ramai juga mempersoalkan kepimpinan Mukhriz selepas dua kali diturunkan jawatan dari Menteri Besar Kedah. Adakah ini bermaksud zamannya juga sudah berlalu.

“Tambahan pula, PEJUANG bukan parti komponen PH, jadi, tiada keperluan bagi Mukhriz untuk risau tentang siapa calon Perdana Menteri PH jika membentuk kerajaan pada PRU-15 yang akan datang. Itu adalah perbincangan kolektif antara majlis pimpinan pusat, bukan PEJUANG ataupun Mukhriz,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Mukhriz menerusi temu bual bersama sebuah radio tempatan menegaskan Anwar sudah melepasi zamannya dan tidak berhasrat untuk bekerjasama semula bersama Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Mukhriz juga tidak bersetuju terhadap dakwaan mengatakan masalah yang dihadapi negara ketika ini berpunca daripada semua dasar diperkenalkan bapanya selepas mentadbir selama lebih dua dekad.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan mahu menjadi Perdana Menteri namun mengakui, tidak menolak sekiranya berpeluang menyandang jawatan berkenaan.

Dalam pada itu S Jestin menegaskan, Anwar masih mempunyai kekuatan utuh menjadi pemimpin berjiwa rakyat dan semangat inilah yang diperlukan negara berbanding apa yang dilakukan oleh kerajaan ‘Keluarga Malaysia’

“Saya minta bagi sesiapa yang ungkit tentang perkara seumpama untuk cakap biar dengan asasnya. Kita dapat lihat Anwar sendiri turun padang di kawasan dilanda banjir kilat tempoh hari dan mendengar keluhan mangsa banjir. Ini yang dikatakan pemimpin yang melihat sendiri masalah rakyat, dan bukan sekadar lambai dari kenderaan.

“AMK tidak bersetuju dengan kenyataan yang bersifat hipokrit oleh Mukhriz. Pihak kami tetap berdiri teguh bersama Anwar kerana beliau merupakan pemimpin  bertauliah dan tetap menjadi nakhoda perjuangan reformasi, malah Malaysia masih memerlukan seorang pemimpin sepertinya,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki