web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PEJUANG Jangan Amalkan Politik Kuno, Beri Peluang Orang Muda Jadi Calon

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 8:28PM

Nik Fathurahman Nik Rasli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi PEJUANG diingatkan agar tidak lagi mengamalkan politik mundur dengan tidak memberi laluan kepada anak muda menjadi calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Ketua PEJUANG Muda, Nik Fathurahman Nik Rasli berkata, kepimpinan parti perlu melakukan pertimbangan bagi mencalonkan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan belia dalam pilihan raya tersebut.

Menurut beliau, saranan itu bertepatan dengan hasrat Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu golongan muda diberi peluang untuk bersama-sama mencorak negara.

“Parti tidak boleh lari dari hakikat belia akan memainkan peranan besar dan signifikan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan pelaksanaan Undi 18 dan undi automatik.

“Sudah banyak parti, malah parti Melayu lama pun sudah mula mencalonkan lebih ramai anak muda.

“Parti tidak lagi berada di takuk lama, perlu bersedia hadapi perubahan serta cabaran masa hadapan.

“Kegagalan berbuat demikian akan mencerminkan bahawa parti masih amalkan politik kuno dan mematahkan semangat anak muda untuk berkecimpung dalam politik,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Fathurahman menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya anak muda tiada kemampuan untuk menjadi calon kerana berdepan dengan kemampuan kewangan, selain tidak berkebolehan mengumpul orang ramai atau kerap hadir ke majlis anjuran parti.

Tegasnya, pandangan sempit seumpama itu tidak boleh dijadikan ukuran ketika ini, malah sentimen tersebut sama sekali bukan ukuran yang boleh digunakan dalam memilih calon untuk bertanding.

“Anak muda merupakan golongan yang lazimnya baru mahu memulakan kehidupan dan mungkin tidak ada kebebasan kewangan, atau masih sedang membina keluarga serta rangkaian masing-masing.

“Walaupun masa dan tenaga mereka banyak tertumpu bagi membina perkara seumpama itu, ia bukan bermaksud mereka tidak mampu menggalas tugas sebagai wakil rakyat dengan baik,” katanya.

Mengulas lanjut Nik Fathurahman berkata, golongan belia mempunyai pelbagai ideologi serta pemikiran baharu yang dibentuk melalui peredaran semasa.

“Pemikiran calon hendaklah merangkumi kriteria yang lebih meluas dan holistik.

“Jika anak muda ada begitu banyak kelemahan di mata sesetengah pihak, maka adalah menjadi tanggungjawab mereka yang mungkin lebih berumur ini untuk menunjukkan jalan.

“Antara caranya, mereka mampu memberi nasihat serta membantu anak muda untuk maju ke hadapan,” katanya.

Tambah beliau, ini bukan lagi zaman untuk parti politik menggunakan anak muda hanya semata-mata untuk meramaikan majlis atau menjadi individu pemacak bendera.

“Saya menyeru kepimpinan semua peringkat PEJUANG agar memperbanyakkan jumlah calon anak muda dan wanita.

“Biarlah PRN Johor ini menjadi batu ukur yang memperlihatkan kepada pengundi bahawa parti kita bersedia melangkah ke era baharu politik dengan membawa perubahan berani,” katanya. - Getaran, 25 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global