web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bakal Sertai Politik, Afdlin Ikhlas Bantu Rakyat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 11:08AM

Afdlin Shauki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya bermula dari kosong, maka pada akhirnya saya tidak kisah jika perlu kembali kosong,”.

Itu kata-kata Datuk Afdlin Shauki Aksan, sekali gus membuka sisi lain figura seni ini, yang terkenal dengan karya sarat sindiran sosial sejak sekian lama.

Mencipta nama sebagai pelawak, pelakon, pengarah dan satu ketika dulu melebarkan sayap dalam bidang nyanyian, nama besar beliau amat sinonim dengan tingkah lucu yang menghiburkan masyarakat.

Siapa tidak kenal dengan watak Datin Maimon, bersama gandingan serasi Allahyarham Harun Salim Bachik?

Hakikatnya, pesona dikenali sebagai Afdlin Shauki ini lebih daripada sekadar sosok dunia seni, sebaliknya menyimpan satu impian yang tersimpan kemas di sudut hati.

Bakal bergelar ahli politik sedikit masa lagi, Afdlin sama sekali tidak mengimpikan hidup bergelumang wang, kuasa atau pangkat.

Niatnya tulus, mahu menjadikan politik sebagai ruang untuk beliau mengabdi diri kepada masyarakat.

Baginya, politik bukan medan mencari pengaruh di mata ramai, tetapi ujian dalam melaksanakan amanah diberi rakyat.

Afdlin ikhlas mahu membantu rakyat dan enggan dikenali sebagai ahli politik tradisional
Afdlin ikhlas mahu membantu rakyat dan enggan dikenali sebagai ahli politik tradisional

Pernah menggerakkan misi bantuan ke Gaza, Lubnan, Syria, Turki, India malah Rakhine, Afdlin akhir-akhir ini merasakan jiwanya lebih terisi dengan kerja-kerja kemanusiaan.

“Seiring bertambah usia, semakin saya menyedari bahawa hidup bukan sekadar untuk mengejar glamour atau nama.

“Ada sesuatu yang lebih besar dan bermakna perlu dilakukan bagi melahirkan bahagia dari sudut hati paling dalam,” katanya eksklusif kepada Getaran.

Bapa tiga anak itu berkata, hidupnya bukan lagi berpaksikan populariti seperti dahulu, sebaliknya dipacu oleh keinginan untuk mengubah taraf hidup komuniti setempat.

“Saya belajar banyak perkara dari semua misi kemanusiaan yang disertai.

“Bukan hanya membuka mata, ia mendidik saya untuk bersyukur atas segala keselesaan hidup yang dirasai selama ini, sekali gus menyuntik kesedaran terhadap semua nikmat dikurniakan Allah SWT,” katanya.

Enggan membiarkan dirinya larut dalam gelora dunia politik, Afdlin mahu lari daripada kebiasaan, dan berazam kekal dengan peribadi asal.

“Bukan saya orangnya jika mahu saling mengutuk, mencerca atau mengaibkan orang.

“Itu bukan saya dan jika kerana prinsip ini saya tidak lagi menjadi pilihan satu hari nanti, saya akur serta menerima semua itu dengan hati terbuka,”katanya, ikhlas.

Peluang menyertai dunia politik jelas Afdlin, diibaratkan sebagai lesen untuk beliau memperjuangkan suara ramai, seperti selayaknya tugas sebenar seorang wakil rakyat.

“Itulah yang sepatutnya dilakukan. Menyuarakan suara rakyat, memperjuangkan hak mereka dan memperbaiki tahap ekonomi masing-masing.

“Bagi saya, politik bukan medan mengisi kantung sendiri, tetapi ruang dan peluang mencurah bakti selagi hayat dikandung badan,” katanya.

Ramai tidak tahu, politik bukan asing untuk Afdlin, kerana Allahyarhamah neneknya dan mendiang bapa mertua sama-sama pernah terbabit dalam dunia itu ketika hayat mereka.

“Nenek saya ialah seorang Ketua Wanita UMNO pada zaman Tunku Abdul Rahman manakala bapa mertua pula adalah bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow sebelum bersara.

“Saya sendiri pernah menyertai UMNO pada tahun 2012 bersama Harun, sebelum mengundur diri kerana perubahan hala tuju kerajaan satu ketika dahulu, yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap akar umbi,” katanya.

Enggan mendedahkan parti politik yang menjadi pilihan kali ini, Afdlin bersedia untuk berundur jika merasakan pembabitan dalam dunia itu gagal menghasilkan kepuasan dicari.

Jika industri hiburan berjaya membuatkan beliau menghiburkan jutaan peminat, arena politik katanya, dilihat sebagai medan yang tepat dalam menyalurkan segenap usaha memajukan rakyat.

“Saya tak percaya seorang ahli politik itu harus didewa atau diangkat darjatnya. Status sebagai wakil rakyat itu seharusnya membawa mereka ke kaki rakyat, turun ke bawah dan menyelami setiap inci permasalahan.

“Ini juga ruang untuk saya membantu rakan-rakan dalam industri hiburan, yang kita tahu amat terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya. - Getaran, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah