web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Burukkan Kelemahan JPP, Beri Mereka Peluang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 1:09PM

Hassan Abdul Karim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelemahan aspek teknikal ketika proses Pemilihan PKR 2022 oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) ketika ini tidak wajar dijadikan bahan hinaan atau sendaan secara terbuka untuk pengetahuan awam.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sekiranya perkara itu diperbesar besarkan, ia akan membangkitkan aura negatif dalam kalangan rakyat serta memberi kelebihan kepada pihak musuh.

Menurut beliau, tidak seharusnya imej JPP dihitamkan hanya disebabkan beberapa kegagalan, kerana sukarelawan yang membantu parti berniat ikhlas bagi menjalankan pemilihan sebaik mungkin.

“Jangan rosakkan integriti JPP ini yang bekerja dengan niat baik untuk membantu melaksanakan pilihan raya dalaman parti dengan menggunakan teknologi IT yang canggih dan terkini.

“Asalkan namanya ciptaan manusia, pasti ada kelemahan dan kecacatan.

“Namun begitu, selagi JPP telus, lurus serta bebas dan berwibawa, jangan kita cemarkan nama baiknya,” katanya, hari ini.

Jelasnya, kejayaan dalam apa bidang sekali pun tidak datang dengan mudah tetapi melalui usaha gigih dan menghadapi beberapa kegagalan yang kadang kala perit.

“Oliver Wright dan Wilbur Wright berkali-kali gagal mencuba, akhirnya mereka berjaya mencipta kenderaan udara yang dipanggil kapal terbang.

“Begitu juga Thomas Edison beratus kali gagal mencipta lampu elektrik tetapi akhirnya dia berjaya dengan ciptaannya dan berhasil menerangi dunia.

“Begitulah setiap inovasi baru. Jadi beri ruang dan keyakinan kepada JPP agar mereka dapat memperbaiki kelemahan dan seterusnya melaksanakan Pemilihan PKR dengan cara lebih baik,” katanya.

Terdahulu, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui berlaku masalah teknikal di beberapa kawasan termasuk membabitkan peranti ketika proses pemilihan secara fizikal parti itu ketika ini.

Beliau berkata, perkara tersebut boleh menimbulkan keresahan dan kekecewaan ahli parti yang keluar mengundi tetapi tidak dapat berbuat demikian.

Bagaimanapun Hassan menegaskan, sebarang aduan dari pihak yang tidak berpuas hati terutama calon timbalan presiden seperti Rafizi hendaklah disiasat dengan telus dan tegas.

“Dalam nafas yang sama perlu diakui bahawa aduan rasmi dari saudara Rafizi adalah penting, serius dan perlu ditangani serta dijawab segera secara profesional supaya memuaskan hati semua pihak, demi perjalanan pilihan raya yang adil dalam PKR.

“Pandangan pakar atau specialist IT dirasakan boleh membantu JPP menangani isu berkait hal teknikal seperti yang dibangkitkan dalam aduan saudara Rafizi. Semoga isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan proses pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di Cabang Padang Serai, Kedah terpaksa ditangguhkan selepas mendapat bantahan berikutan wujud rasa tidak puas hati selain masalah teknikal.

JPP juga mengalami beberapa masalah teknikal sebelum ini dalam pengendalian pemilihan pengundian fizikal di Kelantan menyebabkan lima cabang perlu diadakan pemilihan baharu.

Namun prestasi JPP mula pulih ketika mengendalikan pemilihan di kawasan utara, Pahang dan Wilayah Persekutuan semalam yang tidak mengalami sebarang masalah serius. - Getaran, 16 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dah ‘Call’ Rafizi, Keputusan Pemilihan PKR Dalam Waktu Terdekat - Anwar Ibrahim

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pemilihan PKR: Sangetha Jayakumar Dakwa Keputusan Tidak Masuk Akal

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Tidak Rasmi: Rafizi Akhirnya Berjaya Menang Jawatan Timbalan Presiden PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

Johari Abdul Gagal Rebut Jawatan Ketua Cabang Sungai Petani

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi