web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cari Jalan ‘Hasut’ Anak Muda Keluar Mengundi PRU-15 - GAMIS

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 8:21PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain politik perlu memainkan peranan penting bagi ‘menghasut’ anak muda keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berbanding hanya meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial, sedangkan golongan itu mampu mengubah landskap politik tanah air.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Izzuddin Aziz berkata, sudah tiba masanya pemimpin menghentikan mainan ‘wayang’ politik dan mengambil langkah proaktif dalam memastikan pengundi bersedia serta komited untuk keluar mengundi pada PRU akan datang.

Menurut beliau, Rang Undang-Undang (RUU) Undi18 yang menjadi pindaan perlembagaan pertama mendapat sokongan dwipartisan antara kerajaan bersama pembangkang tidak harus dipandang sambil lewa dan perlu menumpukan perhatian terhadap kesediaan rakyat, khususnya pengundi kali pertama.

“Semua ahli politik perlu mengambil kira perkara itu berbanding menggesa PRU-15 diadakan dengan segera. Adakah anak muda sudah bersedia untuk menghadapi PRU sekiranya ia dilaksanakan segera?

“Sudah pasti persoalan ini boleh dijawab dengan melihat bagaimana sambutan penglibatan anak muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini.

“Oleh itu, GAMIS menggesa agar ahli politik berhenti bermain ‘wayang’ politik serta segera mengambil langkah yang proaktif dan serius dalam memastikan pengundi baru yang akan mengundi pada PRU akan datang ini betul-betul bersedia,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Dalam pada itu, Izzuddin menggesa kerajaan mengambil pendekatan serius bagi merancakkan pendidikan terhadap kesedaran politik peringkat pengundi pertama.

Jelasnya, tahap literasi politik rendah dan kelemahan memahami asas kenegaraan mengakibatkan kurangnya kesedaran pengundi muda terhadap kepentingan mengundi.

“Kita tidak ingin anak muda yang menjadi sebahagian pengundi terbesar dan baharu ini tidak mengambil bahagian dalam pemilihan wakil rakyat akan datang, sehingga akhirnya menyebabkan kerugian besar pada negara kerana kegagalan anak muda memahami kepentingan berpolitik.

“Justeru, ini menjadi tanggungjawab ahli politik dalam memastikan penerapan serta pendidikan terhadap kesedaran politik di peringkat anak muda dipergiatkan dengan lebih rancak dan berkesan,” katanya.

Hanya melalui pendekatan tersebut, kata Izzudin, akan membuka minda dan mendorong pengundi muda untuk menunaikan tanggungjawab mengundi kerana mereka memahami sepenuhnya keperluan untuk menunaikan tanggungjawab itu kepada negara.

Walaupun pertama kali pengundi muda yang berusia 18 hingga 20 tahun dibenarkan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu, kadar peratusan keluar mengundi terutama bagi pemilih muda tidak seperti diharapkan.

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya 1,426,573 atau 54.92 peratus keluar mengundi pada pilihan raya tersebut.

Daripada jumlah itu, dianggarkan hanya lima peratus golongan muda keluar mengundi dan jumlah itu sangat kecil kerana 173,177 pengundi muda sudah didaftarkan di Johor, walaupun pada peringkat awal dikhabarkan ramai yang berkobar-kobar untuk keluar mengundi.

Sebelum ini, SPR menyasarkan 70 peratus pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor mencatatkan 2,597,742 pengundi berdaftar terdiri daripada 2,574,835 pengundi biasa; 10,955 anggota tentera dan pasangan; 11,576 anggota polis dan pasangan termasuk Polis Pasukan Gerakan Am (PGA); dan 376 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

Tangkis Fitnah Di Media Sosial, Geng Perpaduan Dilancar Untuk Pengundi Muda

3

Politik 1 tahun yang lalu

Puteri UMNO Buat Post Mortem Kaji Penolakan Pengundi Muda

4

Politik 1 tahun yang lalu

Tidur Tak Lena Gara-Gara Teruja Undi Kali Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan