web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Berdiri Perkara Biasa, Bukan Tanda Membantah - Annuar Musa

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 6:15PM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menafikan tanggapan bahawa keengganannya berdiri ketika Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap adalah tanda bantahan.

Beliau sebaliknya berkata, ia adalah perkara biasa yang tidak seharusnya dijadikan kontroversi.

“Pengerusi BN bertanya pada khalayak, bila mereka mahu PRU diadakan. Kemudian disuruh berdiri. Saya perhatikan ramai terpinga-pinga, ramai juga spontan berdiri. Ada tunggu nak tengok kawan berdiri atau tidak. Ada yang berdiri tapi memberitahu pendirian berbeza.

“Biasalah dalam situasi yang begitu. Saya setuju PRU disegerakan sebaik sahaja BN benar-benar sudah siap siaga tetapi saya tidak pun berdiri. Saya tidak perlu berdiri hanya kerana orang lain berdiri, atau kerana segan, tak tergamak, kerana disuruh berdiri dan sebagainya,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pandangan disampaikan beberapa pihak, yang ‘terasa’ hati dengan tindakan Annuar menggelarkan ahli lain sebagai pengecut, apabila memilih untuk berdiri sebagai tanda menyokong ucapan disampaikan Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ketika berucap di Konvensyen BN semalam menggesa pilihan raya umum (PRU) dilaksanakan tahun ini.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, BN perlu berhati-hati dalam perhitungannya bagi melaksanakan PRU-15 dan tarikh pilihan raya perlu dirahsiakan.

Kata Ketua UMNO Ketereh itu, BN juga seharusnya lebih jujur berkenaan tahap persediaan mereka dalam menghadapi pilihan raya supaya tidak memberikan kesan buruk terhadap gabungan tersebut.

“Pengalaman saya banyak menyaksikan yang didakwa yakin menang, akhirnya kalah, yang dikata ‘ready’ sebenarnya belum pun, kononnya ada dana kehabisan dana selepas beberapa hari kempen bermula, yang dikata ramai ‘putih’ akhirnya ‘hitam’ dan sebagainya.

“Saya berpegang pada prinsip tarikh pilihan raya adalah senjata parti yang sedang memerintah, BN. Ia perlu dibincang (secara) tertutup.

“Sementara itu kita perlu jujur. Kalau sudah ‘ready’ kata ready tetapi kalau kerja pun belum buat, dana belum tersedia, data belum terurus, jentera belum terlatih, tapi kita mendakwa kita sudah ‘ready’, itu menolak ikhtiar namanya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh melahirkan rasa kecewa dengan gelaran pengecut diberikan Annuar dan berkata, kenyataan tersebut seharusnya tidak harus diungkapkan pemimpin lama berjawatan menteri dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Dr Muhamad berkata, ahli yang berdiri bukanlah penakut namun hanya mahukan PRU dilaksanakan segera bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat, agar dapat memilih kerajaan dikehendaki tahun ini.

“Ketika hampir semua peserta konvensyen BN berdiri semasa ucapan pengerusi untuk memberi sokongan PRU perlu diadakan tahun ini, saya melihat sosok tubuh pemimpin utama yang pernah menjadi idola saya iaitu Annuar tidak berdiri menyatakan sokongan walaupun ketika itu beliau duduk di barisan hadapan.

“Adalah perkara biasa untuk kita berbeza pandangan, tetapi apabila Tan Sri (Annuar) menggelar semua yang berdiri adalah penakut, saya terus terasa hati.

“Saya mungkin baharu dalam politik ini tetapi apabila Tan Sri menggelarkan kami yang berdiri di kalangan ahli biasa ini sebagai penakut, itu adalah kenyataan tidak patut dikeluarkan oleh pemimpin utama negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Lantaran itu, beliau menggesa agar Annuar segera memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan yang dikeluarkannya mengguris hati akar umbi.

Katanya, akar umbi sentiasa bersama BN walau terdapat cubaan untuk memecah-belah gabungan tersebut.

“Saya mohon maaf jika tulisan ini mengguris hati Tan Sri, tetapi kesan dari ayat Annuar tadi benar-benar membuatkan kami ahli di bawah ini sangat terasa. Moga beliau diberikan rahmat dan dilindungi oleh Allah,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 54 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad