web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Puad Zarkashi Tiada Kuasa Mahu Segerakan PRU-15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 3:58PM

Annuar (dua kanan) menyampaikan anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), di sini, hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tidak mempunyai kuasa untuk menggesa agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pandangan yang dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu hanyalah pandangan peribadi semata-mata.

Menurut beliau, pemimpin tidak boleh terlalu ‘syok’ sendiri kerana kerajaan ketika ini disertai oleh pelbagai parti komponen, bukan sekadar blok Barisan Nasional (BN) semata-mata.

“Kalau yang nak bercakap itu biarlah presiden, timbalan presiden atau Majlis Tertinggi (MT).

“Itulah orang-orang yang ada kuasa bercakap soal bila. Setakat yang saya tahu dan kalau saya tak salah, parti belum lagi memutuskan apa-apa.  

“Yang kedua, kenalah faham, ini kerajaan pelbagai parti. Bila nak bubar selain daripada UMNO, parti lain juga berhak memberikan pandangan. Sebab kalau setakat kita saja bubar, yang lain tak bubar, kerajaan tetap ada juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), di sini, hari ini.

Jelas Annuar, beliau tidak mahu lagi terjebak dengan sebarang polemik politik yang mampu menjatuhkan UMNO dan yakin bahawa partinya setakat ini belum membuat keputusan berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.

“Saya boleh cakap dari sudut kerajaan bahawa kita komited untuk meneruskan segala kerja yang telah diputuskan dan diasaskan oleh Perdana Menteri.

“Kena bezakan berita daripada orang yang berautoriti dengan orang-orang biasa. Dalam soal dasar parti, saya orang biasa dan hanya Ketua Bahagian Ketereh.

“Jadi, pendapat saya itu pandangan ketua bahagian. Tapi kalau saya bercakap soal kerajaan, makanya, atas kapasiti saya sebagai anggota jemaah menteri.

“Kalau tanya kuasa MT, saya bukan MT. Pada saya, soal pilihan raya ini parti belum putuskan apa-apa. Maka, pada saya soal pilihan raya ini tak berbangkit dan kita perlu tunggu saja,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sekiranya kerajaan Keluarga Malaysia lemah, Annuar menafikan perkara itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat sokongan 2/3 Ahli Parlimen, sekali gus membuktikan beliau berjaya menarik hati pemimpin pembangkang untuk menyokongnya.

“(Kerajaan) tidak (lemah). Ini adalah tahun terakhir atau Penggal Kelima Parlimen Ke-14. Jadi, kalau orang bercakap pasal pilihan raya pun memang ok. Masalahnya, yang tiada perkara itu (kuasa) pun mahu beri pandangan.

“Tidak apalah semua nak beri pendapat. Ada orang kata suruh cepat, ada suruh lambat dan ada yang kata lepas Belanjawan. Tidak mengapa, itu satu kelaziman apatah lagi sekarang kita ada media sosial, sesiapa boleh memberi pandangan. Tiada yang betul mahupun salah.

“Saya dah beri pendapat saya, kalau BN sudah sedia, segerakanlah pilihan raya tetapi ada pula yang mengatakan saya takut nak melaksanakan perkara tersebut. Yang bercakap saya takut itu kalah dalam pilihan raya.

“Orang menang mana ada takut, yang kalah itu yang takut. Kami orang menang, mana ada takut. Tapi itu cakap-cakap politik, jadi kita senyum sajalah,” katanya.

Terdahulu, Puad menerusi hantaran Facebook menuduh Annuar mengamalkan konsep politiking selepas pemimpin itu menyeru untuk tidak menyegerakan PRU-15 dalam masa terdekat.

“Semua termasuk pelabur asing tahu bahawa kerajaan Pusat hari ini adalah kerajaan majoriti lemah. Ia boleh diugut, diikat, ditekan, tidak dihormati dan boleh ditinggalkan pada bila bila masa.  

“Lihat kes Datuk Zuraida Kamaruddin. Apabila dia keluar BERSATU, banyak pihak berebut jawatan Menteri yang belum pun kosong, tidak termasuk tekanan dari mereka yang berebut jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Terbukti MoU itu adalah rapuh. Tidak timbul juga soal takut. Mungkin mereka yang mahu PRU dilambatkan adalah mereka yang takut tidak dicalonkan semula dan takut hilang jawatan terlalu cepat,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'