web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tok Jo Puji DAP, PKR, Setia Dengan Perjuangan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 5:58PM

Johari Abdul Ghani - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika majoriti perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU2020) menjadikan kecaman terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan barisan kepimpinannya sebagai topik utama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tampil dengan pendekatan yang agak ‘berani’.

Bekas Menteri Kewangan 2 itu bertindak menjadikan pendirian parti DAP dan PKR sebagai contoh, yang setia meneruskan perjuangan walaupun sering kali berdepan kekalahan.

Menurut beliau, kedua-dua parti berkenaan tetap konsisten meneruskan perjuangan dan tidak pernah lari, walaupun tidak pernah menjulang kemenangan dalam jumlah yang besar.

“Bukan nak banggakan parti lain, tapi (cuba) kita lihat parti yang bernama DAP dan PKR. Kita tengok dan lihat. Pada tahun 1995, DAP ni menang 9 seat (kerusi) sahaja, tapi dia tak tutup dia punya parti, tak lari dari perjuangan, konsisten. Akhirnya pada tahun 2004, dapat 12 (kerusi), 2008 28 (kerusi), 2013, 38 (kerusi) dan 2018, 42 kerusi.

“Mai (mari) tengok PKR. Pada 2004, 1 saja dia menang, (walaupun) bertanding 80 kerusi. Pada 2013, 30 kerusi dia menang, 2018 50 (kerusi) dia menang,” katanya.

Berbeza dengan UMNO jelas Johari, parti itu hanya mengalami satu kekalahan berbanding 13 kemenangan diraih sebelum ini, jauh berbeza dengan pencapaian diperoleh DAP dan PKR.

“Mereka kalau 13 kali, menang sekali. Beza mereka dengan kita, kita menang 13 kali, kalah sekali semua lari, itu beza dia,” katanya sinis.

Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa itu turut mengucapkan terima kasih kepada ahli yang memilih untuk kekal setia bersama UMNO walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

“Dia marah saya cakap macam tu, saya cakap yang mana dah lari. Yang saya takut ni yang belum lari. Yang belum lari ni perangai lagi teruk dari yang dah lari.

“Mana taknya, dulu sebelum ambil balik kerajaan, ya ya, bila jadi menteri, jadi pula jurucakap parti lain. Ini kalau dalam bahasa korporat, dia panggil hilang akal,” katanya.

Meski tidak menyebut secara nyata, kenyataan Johari itu dipercayai merujuk kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang sebelum ini dipecat daripada tugas sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Johari juga menarik perhatian, pujian wajar diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga bekas Presiden UMNO.

“Apa dia berdepan tu kita doakanlah. Tapi apa yang saya nak tuan-tuan tengok, tak sekalipun saya tengok sejak kita kalah, dia turun naik mahkamah, dia punya wajah tak ada beza sebelum kalah dan selepas kalah.

“Bukan tu saja, berpuluh-puluh dan beratus hantaran dia buat (di media sosial), tak sekalipun menghentam UMNO, parti dan orang-orang UMNO,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah