web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ROS Senjata Politik BERSATU, Diguna Untuk Jatuhkan UMNO - Puad Zarkashi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 1:56PM

Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) disifatkan sebagai senjata dan alat politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang digunakan bagi menjatuhkan UMNO.

Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ROS sehingga kini masih gagal meluluskan pindaan perlembagaan UMNO bagi membolehkan parti berkenaan menunda pemilihan tidak lebih dari enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu turut mempersoalkan keberkesanan ROS yang dilihat tebal dengan kerenah birokrasi kerana masih dibelenggu tadbir urus lapuk.

“Hingga hari ini, ROS belum meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti yang diluluskan di PAU Khas UMNO 2022. Apakah ini jabatan paling tidak efisien di Malaysia?

“Kalau permohonan UMNO untuk menangguh pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas PRU tidak ikut perlembagaan, kenapa permohonan MCA dan GERAKAN boleh lulus?

“Apakah ROS alat politik yang hanya memusuhi UMNO kerana Menterinya dari PPBM. RoS pernah keluar surat mendakwa MKT UMNO berstatus “caretaker” sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

ROS ALAT POLITIK? Hingga hari ini, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum meluluskan permohonan UMNO meminda...

Posted by DrPuad Zarkashi on Sunday, July 3, 2022

Getaran sebelum ini melaporkan jangkaan UMNO bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan seawal September ini dan turut menimbulkan persoalan, apakah terdapat pimpinan parti itu yang terlalu rakus mahu memiliki kuasa untuk mentadbir dan menjadi parti dominan dalam kerajaan Persekutuan.

Perkara itu disuarakan penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar yang berkata, jangkaan terbabit disebabkan kerajaan sekarang tiada keabsahan apabila bergantung kepada sokongan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, pandangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa PRU-15 mungkin diadakan dalam tempoh dua bulan dari sekarang, turut membuktikan UMNO hanya cenderung untuk meraih kuasa politik secara mutlak disebabkan ketika ini, ia ‘tersekat’ kerana mempunyai parti komponen, selain daripada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Junaidi Awang yang juga Pensyarah Geografi Pilihan Raya UKM menegaskan, jangkaan bagi melaksanakan PRU-15 juga bergantung kepada keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), iaitu sekiranya permintaan UMNO menangguhkan pemilihan parti tersebut diluluskan.

Untuk rekod, ROS merupakan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri pimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga memegang jawatan Setiausaha Agung BERSATU.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun 2021.

Berdasarkan perkiraan tersebut, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022. - Getaran, 4 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan