web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Ada Kem, ‘Cai’ Dalam PKR Jika Nak Menang PRU-15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 11:08AM

Fahmi berkata ahli akar umbi perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan kepimpinan baharu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ahli PKR diingatkan agar tidak lagi mewujudkan kem-kem tertentu dalam parti, bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalaman hanya disebabkan menyokong individu tertentu sebagai pemimpin.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menegaskan, ini kerana musuh parti dan Pakatan Harapan (PH) sedang menabur peluru agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada kadar segera.

Menurut beliau, ahli akar umbi perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan kepimpinan baharu, dan individu yang dipilih perlu sedar tanggungjawab bagi memastikan PKR tetap utuh di hati rakyat.

“PRU-15 boleh berlaku bila-bila masa selepas 31 Julai yang bermaksud keluar daripada kongres ini, tiada lagi ‘cai’ dan pasukan (kem), yang hanya adalah pasukan Keadilan. Bagi pastikan ia utuh, kepercayaan kena diberikan sepenuhnya kepada saf pimpinan baharu.

“Tidak perlu nak sebut itu ini di WhatsApp yang kadang-kadang tangkapan layar dihantar keluar. Saya nak nasihat jangan beri musuh kita peluru. Saya sangat terkilan dengan tindakan beberapa di kalangan kita buat laporan polis dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Kenapa serah tengkuk kita kepada musuh.

“Kita tahu mereka risau dengan adanya kekuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saudara Rafizi Ramli.

“Ini adalah kekuatan yang boleh menyediakan PKR untuk menerajui Putrajaya,” katanya ketika ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi turut menggesa agar kepimpinan baharu parti tidak duduk diam dan bertindak proaktif terhadap individu yang sengaja membuka tanggapan negatif oleh rakyat dan membiarkan parti diserang pelbagai pihak.

Tegasnya, mereka yang menabur fitnah terhadap kepimpinan perlu dikenakan tindakan disiplin agar parti dapat diperkukuhkan dalam persediaan menghadapi PRU-15.

“Rakyat dekat luar bukan nak lihat jawatan. Mereka nak tengok bakti kita dan perlu fikir bagi membantu untuk menangkan PKR.

“Kita perlu pertahankan kerusi yang kita dah menang dan kerusi yang telah mengkhianati kita.

“Akar umbi juga mahukan pimpinan baharu menyatakan kerusi strategik agar memberi kekuatan untuk PKR menjadi tunggak di Putrajaya,” katanya.

Fahmi menarik perhatian, semua ahli perlu bertanggungjawab mempertahankan parti dan keputusan yang telah dibuat termasuk calon.

“Kepimpinan baharu juga perlu pastikan apa yang berlaku di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor tidak berulang kembali.

“Jadikan perjuangan kita untuk PRU-15 di media sosial seperti apa yang berlaku pada Datuk Seri Najib Razak apabila beliau rasa gentar ketika Rafizi datang, diserang bertubi-tubi.

“Ingat, bila keluar, hanya ada pasukan Keadilan (bukan kem atau cai),” katanya. - Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global