web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peserta, Penganjur Perhimpunan Dipanggil Polis Tapi Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Najib?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jul 2022 7:12PM

Seramai 30 peserta termasuk penganjur Perhimpunan Turun Harga Barang di hadapan Kompleks Sogo semalam, dipanggil memberi keterangan bermula esok. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewajarnya bertegas mengambil tindakan terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peserta mahupun penganjur Perhimpunan Turun Harga Barang di hadapan Kompleks Sogo, semalam. 

Ketua Penerangan PKR Selangor, Halimey Abu Bakar berkata, ini kerana parti itu sudah membuat laporan polis terhadap Najib berhubung dakwaan kecuaiannya sehingga menyebabkan negara berdepan tuntutan RM 67.5 billion daripada waris Kesultanan Sulu.

"Pada 19 Julai lalu, lebih 200 laporan polis telah dibuat cabang PKR seluruh terhadap Najib bagi membolehkan kertas siasatan dibuka dan tindakan terhadap beliau dapat diambil mengikut peruntukan Kanun Jenayah sedia ada.

 "Namun, sehingga hari ini tidak ada kertas siasatan dibuka pihak polis. Adakah hal terkait kedaulatan negara dipandang enteng pihak polis namun hak rakyat berhimpun secara aman yang dijamin Perlembagaan Persekutuan cuba dinafikan," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Hari ini, Getaran melaporkan seramai 30 peserta termasuk penganjur Perhimpunan Turun Harga Barang di hadapan Kompleks Sogo semalam, dipanggil memberi keterangan bermula esok.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata semua individu terbabit akan dipanggil secara berperingkat hingga Selasa.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya belum mendedahkan butiran terperinci individu dipanggil, namun akan mengesahkan selepas keterangan mereka selesai diambil.

Sebelum ini, Noor Dellhan juga dilaporkan membuka lima kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap penganjur dan peserta perhimpunan tersebut. 

Katanya, daripada sekitar 100 peserta perhimpunan tersebut, seramai 30 individu dikenalpasti pihaknya.

Halimey Abu Bakar - Gambar Fail
Halimey Abu Bakar - Gambar Fail

Pada masa sama, Halimey turut mempersoalkan tindakan polis yang dilihat bertindak begitu pantas dengan membuka kertas siasatan tidak sampai empat jam selepas perhimpunan itu tamat. 

 Malah, beliau berkata, polis juga berjaya mengenal pasti lebih 30 individu terlibat dalam perhimpunan itu di mana mereka seolah-olah melakukan kesalahan jenayah. 

 "Himpunan yang diadakan sekumpulan mahasiswa, wakil Gabungan Bukan Kerajaan (NGO) dan Parti Politik di Jalan Tuanku Abdul Rahman berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi seperti disiarkan secara langsung di pelbagai media sosial. 

 "Peserta juga mematuhi arahan pihak polis untuk tidak berarak melebihi halangan benteng anggota polis menuju ke Dataran Merdeka serta bersurai tepat jam 3.00 petang seperti yang dipersetujui hasil rundingan bersama pegawai polis bertugas," katanya. 

 Susulan itu, Halimey mendesak agar pihak polis melaksanakan tanggungjawab diberikan secara adil dan penuh amanah. 

 "Jangan menjadi alat penguasa yang zalim sehingga alpa isu lebih kritikal melibatkan kedaulatan negara," katanya.

 Semalam, kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan mahasiswa menyertai Perhimpunan Turun Harga Barang di Kompleks Sogo.

 Perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman walaupun ada cubaan untuk berarak ke Dataran Merdeka, namun peserta dihalang polis. - Getaran, 24 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global