web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UPKO Hanya Keluar BN, Bukan Tikam Belakang Seperti PBS  

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 4:50PM

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili digesa tidak hipokrit menuduh tindakan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 2018 sebagai lompat parti.  

Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, walaupun benar ia dilakukan, langkah sama dilaksanakan PBS beberapa minggu kemudian.  

Menurut beliau, tindakan itu turut diambil parti tempatan Sabah dan Sarawak, khususnya Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Pekasa Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (SPDP).

“Kenapa kami (UPKO) saja di buruk-burukkan? Dan lebih teruk ialah parti tersebut terlibat dalam pengkhianatan besar terhadap rakyat apabila menyertai pasukan kerajaan pintu belakang dalam Langkah Sheraton.  

“Kalau langkah UPKO dianggap ‘lompat’, tindakan PBS keluar BN juga adalah perbuatan melompat. Kenapa kami saja diburuk-burukkan,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran hari ini.  

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Maximus, Khamis lalu bahawa UPKO mengulangi sejarah kejatuhan kerajaan Sabah dengan keluar BN dan membentuk kerajaan bersama Parti Warisan (WARISAN) pada 2018.

Dalam pada itu, Madius mendakwa Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) tidak memahami konsep dan definisi lompat parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran menegaskan, perkara itu dibuktikan apabila Ongkili menerima jawatan menteri dalam pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Langkah Sheraton dilakukan beberapa pemimpin yang mengkhianati Pakatan Harapan (PH).

“Bukankah dengan menerima jawatan menteri itu satu tindakan bersekongkol dan menghalalkan Langkah Sheraton. Adakah itu bermaksud bersetuju dengan perbuatan melompat parti? Prinsip apa Maximus pakai ini.  

“Saya hairan, bagaimana Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebagai seorang menteri Kabinet tidak memahami konsep dan definisi lompat parti ini, sedangkan beliau berada dalam Kabinet Persekutuan yang membincangkan dan menyokong Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti, malah beliau hadir semasa Sesi Pembentangan di Dewan Rakyat,” katanya.

Lantaran itu, Madius berkata, UPKO berpegang kepada prinsip menentang sekerasnya perbuatan melompat parti.

Sebelum itu, persidangan Dewan Rakyat pada Khamis lalu, meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti selepas bacaan kali ketiga dengan sokongan majoriti melebihi dua pertiga.

Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, apabila RUU diluluskan, sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara diadakan pada 8 Ogos 2022.

Bacaan kali pertama di Dewan Negara akan dilakukan pada 9 Ogos 2022, diikuti bacaan kedua pada keesokannya.

Selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Rang Undang-undang tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.

Ia akan dipersembahkan di antara 11 hingga 26 Ogos 2022 untuk diperkenankan dan pewartaannya dijangka bakal dibuat antara 29 Ogos hingga 2 September 2022. - Getaran, 31 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'