web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Rundingan Kerusi PH Dijangka Selesai Oktober Depan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2022 3:24PM

Fahmi Fadzil (dua kiri) pada sidang media pengumuman program Rapat Mega PKR di ibu pejabat parti itu, hari ini. - Gambar Facebook Suara Keadilan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rundingan agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) dijangka dapat diselesaikan menjelang Oktober depan.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, hasil rundingan ketika ini mencapai permuafakatan positif dan penelitian terperinci berhubung pembahagian kerusi dalam gabungan tersebut.

Katanya, isu pembahagian kerusi pernah ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada PRU-14 lalu menjadi fokus rundingan berkenaan.

“Bagi PH kita fokus kepada isu rundingan kerusi, prinsip yang dipegang lebih kepada kerusi dimenangi parti politik pada PRU-14 akan terus ditandingi.

“Kerusi ditandingi tapi tidak menang secara tidak langsung akan kekal bersama parti itu. Kerusi ditandingi BERSATU akan dirunding sekarang. Jadi, sebarang perbincangan mengenai kemasukan mana-mana parti (politik) setakat ini, belum dibincangkan.

“Majlis Presiden PH akan bertemu dengan lebih kerap dan saya percaya mungkin sekurang-kurangnya satu atau dua bulan ini rundingan kerusi (selesai) dan terpulang pada parti untuk umumkan calon,” katanya pada sidang media pengumuman program Rapat Mega PKR di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi menyatakan kebimbangan sekiranya pilihan raya umum (PRU) dilaksanakan pada November depan, memandangkan negara sedang menghadapi fenomena La Nina yang dijangka menyebabkan banjir kilat lebih kerap.

Jelasnya, tidak wajar sekiranya pilihan raya mahu diadakan pada masa itu disebabkan kos berjumlah RM1 bilion seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat digunakan dalam membantu mangsa banjir.

“Saya harap perkara terbabit diteliti dengan serius. Masalah dihadapi rakyat ketika itu tidak boleh dipandang ringan dan sekiranya diteruskan, jumlahnya hampir sama dengan denda perlu dibayar Rosmah Mansor.

“Agak risau untuk membelanjakan jumlah sebesar itu ketika rakyat sedang menghadapi bencana fenomena alam yang selalunya bermula pada Oktober sehingga tahun depan,” katanya.

Mengulas berhubung hasrat Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (MUDA) mahu menyertai PH, Fahmi berkata, pihaknya masih belum mengadakan sebarang perbincangan berkenaan perkara itu, malah hanya mengetahuinya menerusi laporan media, semalam. 

“Saya baru mengetahui mengenai niat untuk membuat permohonan ini melalui media, setakat ini kita belum ada apa-apa dari segi hitam putih.

“Mungkin Ketua Setiausaha PH boleh memberikan penjelasan lebih lanjut, tapi apapun berpandukan kepada kenyataan Majlis Presiden yang konsisten selama ini perlu berpandukan kepada prinsip dipegang PH serta berada pada landasan sama.

“Semestinya antara perkara utama bagi PH adalah calon Perdana Menteri datang dari Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Semalam, kepimpinan MUDA menyuarakan hasrat untuk menjadi salah satu daripada parti komponen PH.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu tidak hanya berlandaskan tujuan untuk memenangi PRU-15, tetapi juga mahu menjadi satu daripada parti dalam blok pembangkang berkenaan.

Bercakap mengenai program Rapat Mega PKR, Fahmi berkata, ia akan memberi fokus untuk mengempur kerusi pernah dimenangi parti itu pada PRU-14.

Antaranya, jelas beliau, kerusi Parlimen Gombak, Ampang dan kawasan berdekatan.

“Program (ini) tidak hanya fokus kepada ceramah mega, tapi juga aktiviti bersifat kelompok di kawasan.

“Kita lihat kerusi yang dikhianati akan menjadi satu daripada fokus bagi PKR,” katanya.

Program Rapat Mega akan dimulakan di Parlimen Gombak pada 11 September ini di Taman Melawati.

Antara dijadualkan hadir, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Saari dan barisan kepimpinannya. - Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global