web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan PH Sangkal Bukan Bumiputera Majoriti Perosak Politik, Ekonomi ‘Makan Diri’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 7:42PM

Cubaan Pakatan Harapan (PH) menyangkal dakwaan golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai kumpulan majoriti yang menjadi perosak politik dan ekonomi negara, tidak berhasil. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan Pakatan Harapan (PH) menyangkal dakwaan golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai kumpulan majoriti yang menjadi perosak politik dan ekonomi negara, tidak berhasil apabila kajian dijalankan universiti tempatan, mendapati perkara itu relevan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, perkara itu dibuktikan menerusi hasil penelitian dilakukan mahasiswa ijazah doktor falsafah (PhD) yang mendapati 88 peratus daripada pemberi rasuah didapati bersalah antara tahun 2010 hingga 2014 adalah bukan Melayu.

Berdasarkan dapatan kajian itu yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal antarabangsa di sebuah universiti terkemuka, beliau memaklumkan, 57.46 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah adalah dalam kalangan kaum Cina, manakala India membabitkan 30.51 peratus dan Melayu (12.03 peratus).

“Dapatan dari kajian itu juga menyebut, antara faktor utama pemberi rasuah melakukan penyogokan adalah kerana mahu melepaskan diri dari hukuman, sama ada berupa denda atau penjara. 

“Faktor lain mendorong kepada penyogokan itu adalah ingin mendapatkan keutamaan dalam sesuatu keputusan oleh agensi kerajaan seperti tender perolehan dan seumpamanya. Keseluruhan kes pemberi rasuah yang sabit kesalahan dalam tempoh tersebut ialah 449 kes,” katanya menerusi kenyataan di sebuah portal berita.

Lantaran itu, Mohd Zuhdi menegaskan, apa disebut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai dakwaan terbabit adalah benar berikutan selari dengan dapatan kajian tersebut.

“Sebelumnya, tulisan Abdul Hadi ada menyebut mengenai perkara ini yang kemudian dijadikan isu oleh pihak PH, terutamanya DAP dan membuat beberapa laporan polis mengenai tulisan berkenaan serta cuba memainkan sentimen perkauman untuk mendapat ‘mileage politik’.

“Justeru PH tidak perlu mengapi-apikan sentimen perkauman untuk kepentingan politik mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, fitnah diwujudkan pembangkang terhadap Abdul Hadi hanya disebabkan pengundi sudah menarik diri daripada PH berdasarkan kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“PH khususnya DAP memainkan sentimen perkauman terhadap tulisan Presiden PAS bertujuan untuk mengekang peralihan sokongan pengundi bukan Melayu daripada mereka. Daripada satu sudut lain, PH ‘kepanasan’ kerana golongan pemberi rasuah sekarang sedang mengelilingi mereka.

“Ini terutamanya sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Oleh sebab itu, bila Presiden PAS menulis mengenai hapuskan golongan pemberi rasuah, PH turut menerima bahang kepanasan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zuhdi mendedahkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2019 berpandangan bahawa gabungan berkenaan sudah mula menunjukkan tanda amalan rasuah dalam kalangan pemimpinnya, berikutan mula hidup mewah selepas menjadi kerajaan.

Menurut beliau, pembangkang juga tidak boleh memadam memori rakyat selepas terdapat beberapa pegawai Menteri PH disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima sogokan.

“Malah yang paling tidak boleh dilupakan, kes melibatkan ahli politik utama PH, termasuk kes rasuah digugurkan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, yang sememangnya dikenali pro gabungan itu. Di zaman mereka perintah, badan harus bebas sebagai kuasa semak dan imbang pihak eksekutif dibolot mereka

“Ia dikenali sebagai mesra PH atau baik dengan pemimpin tertentu dalam gabungan itu, di samping melantik Speaker Parlimen dan pegawai dalam kalangan anggota parti.

“Demikian juga pelantikan Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, dua agensi terpenting kerajaan dalam persoalan ketelusan, dilantik dalam kalangan pendukung serta penyokong PH,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, PH tidak berhak mendakwa pemerintahan mereka selama 22 bulan bersih dari salah guna kuasa dan rasuah. 

“Nasib baik PH memerintah hanya 22 bulan, sekiranya lebih lama tidak mustahil semakin ramai pemimpinnya terjebak dengan salah guna kuasa dan rasuah.

“Perlu diingat, golongan pemberi rasuah sentiasa mengelilingi mana-mana parti politik yang mereka yakini boleh disogok. Realitinya sekarang, sedang mengelilingi pembangkang,” katanya. - Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini