web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Masih Ahli Parlimen Pekan Selagi…

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 7:57PM

Azhar Azizan berkata, keputusan menggugurkan Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan akan dibuat selepas permohonan pengampunan dan usul tambahan diselesaikan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan bagi menggugurkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan akan dibuat selepas permohonan pengampunan dan usul tambahan diselesaikan. 

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, justeru setakat ini status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal. 

Katanya, pihaknya menerima dokumen tambahan daripada Tetuan Shafee & Co semalam, mengenai permohonan semakan jenayah menurut Kaedah 137 Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 kepada Mahkamah Persekutuan

“Ia turut melampirkan dokumen, iaitu notis usul bertarikh 6 September lalu dan Afidavit Sokongan yang diikrar Datuk Seri Najib Razak serta perakuan segera pada hari sama. 

“Salinan surat iringan Tetuan Shafee & Co bertarikh 6 September itu juga menunjukkan pengakuan Mahkamah Persekutuan menerima pemfailan permohonan semakan jenayah tersebut pada hari berkenaan,” katanya. 

Azhar berkata, pihaknya sudah meneliti usul tersebut dan mendapati ia adalah prosiding Mahkamah

berkenaan dengan sabitan serta hukuman terhadap Najib. 

“Ia tergolong di dalam ‘prosiding mahkamah yang lain berkenaan dengan sabitan dan hukuman’, seperti diperuntukkan di dalam Perkara 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan (“PP”). 

“Oleh kerana usul ini difailkan di dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022, berdasarkan Perkara 48(4)(b) PP, kuat kuasa kehilangan kelayakan Yang Berhormat DSN hanya berlaku setelah usul tersebut dibereskan (sekiranya usul tersebut ditolak).

“Mengambil kira permohonan pengampunan dibuat sebelum ini dan juga usul tersebut difailkan, maka status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah. 

“Ia akan dimuktamadkan selepas kedua-dua permohonan pengampunan dan usul tersebut dibereskan,” katanya. 

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib berkaitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini