web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Tiada Rundingan Rasmi PAS-UMNO - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 10:11PM

Muhyiddin Yassin berkata, tiada rundingan rasmi antara PAS dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada rundingan rasmi antara PAS dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, perkara itu berdasarkan penjelasan PAS pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan beliau semalam.

“Perbincangan antara dua parti itu yang didakwa berlaku adalah secara tidak rasmi dan tidak membabitkan pucuk pimpinan parti,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Muhyiddin berkata, PAS mengulangi pendirian untuk memperkukuh kerjasama dengan parti anggota dalam PN.

Jelasnya, Majlis Tertinggi PN sudah membuat ketetapan untuk memberi tumpuan kepada usaha membela nasib rakyat, khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam menghadapi kesan inflasi, selain keadaan ekonomi yang diunjur tidak bertambah baik.

“Mesyuarat mengambil maklum bahawa kumpulan B40 meningkat menjadi kumpulan B60 dan penyediaan bantuan bagi kumpulan pendapatan terkebawah ini mesti diberikan tumpuan oleh kerajaan.

“Bagi membantu meringankan beban kumpulan ini, PN mengarahkan jentera parti di semua peringkat agar melaksanakan program Prihatin Rakyat di seluruh negara, bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Tambahnya, Majlis Tertinggi PN dalam mesyuarat malam tadi juga meluluskan pelantikan ketua kawasan bagi Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Terdahulu, pada minggu lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika Muktamar Tahunan PAS di Kedah dilaporkan mendakwa, wujud rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin UMNO tertentu bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU-15.

Pemimpin UMNO terbabit, katanya, mempunyai jawatan dan kedudukan serta boleh mengesahkan perkara dibincang kedua-dua parti. – Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini