web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Yakin Peratusan Keluar Mengundi Baik Walau Berdepan Banjir, Masalah Sosioekonomi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 9:37PM

Muhyiddin Yassin yakin rakyat Malaysia akan keluar dan melaksanakan hak demokrasi mereka untuk mengundi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin rakyat Malaysia akan keluar dan melaksanakan hak demokrasi mereka untuk mengundi, walaupun berdepan pelbagai isu sosioekonomi serta ancaman banjir pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Biarpun melahirkan simpatinya terhadap rakyat yang mungkin mengharungi air banjir untuk ke pusat pengundian masing-masing, beliau berkata mereka pastinya tidak mahu melepaskan peluang memilih kerajaan lebih baik.

“Saya fikir rakyat sudah bersedia untuk itu (PRU-15) dan seperti saya katakan bahawa mereka menghadapi banyak masalah, tetapi saya fikir mereka mahu menggunakan hak mereka sebagai pengundi untuk mendapatkan kerajaan lebih baik yang akan menjaga mereka, kehidupan mereka dan saya rasa Perikatan (Nasional) menawarkannya.

“Walaupun mereka menghadapi banjir, masalah mereka sendiri, tetapi diharap peratusan kadar keluar mengundi baik, ada yang membuat spekulasi ia rendah, tetapi saya harap perkara itu tidak berlaku,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat PN Pahang hari ini .

Muhyiddin juga memberi jaminan bahawa semua jentera pilihan raya PN akan melakukan yang terbaik bagi menjalankan usaha bantuan banjir, di samping membantu pengundi di kawasan dilanda bencana itu, sampai ke pusat pengundian.

Bagaimanapun, beliau juga menggesa semua agensi kerajaan berkaitan untuk memainkan peranan dalam membantu usaha bantuan banjir dan membolehkan rakyat keluar mengundi.

Penyandang kerusi Ahli Parlimen Pagoh itu juga menyatakan, PN menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk memperkenan pembubaran Parlimen seperti diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun, beliau menegaskan PN menentang pilihan raya umum diadakan pada musim banjir akhir tahun atau ketika tengkujuh. – The Vibes, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka