web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dedah Semua Kesalahan, Kegagalan UMNO, Elak Dirikan Kerajaan Kleptokrasi - Tun M

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 11:44AM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua kesalahan serta kegagalan UMNO perlu didedahkan agar rakyat tidak terpedaya dan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia sebelum ini pernah diiktiraf sebagai negara separuh maju sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.

Menurut beliau, keadaan tersebut bagaimanapun berubah apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pentadbiran sebagai Perdana Menteri, kerana beliau menolak untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara.

“Sebaliknya beliau berpendapat melalui sogokan wang yang banyak kepada rakyat, UMNO akan dipilih dalam setiap PRU.

“Untuk menjayakan kepercayaan Cash is King atau ‘Wang Tunai itu Raja’, Najib mencurahkan berbilion ringgit kepada UMNO dan rakyat secara percuma.

“Dari mana datang dana yang besar ini? Mudah sahaja. Najib dirikan 1MDB syarikat milik kerajaan bermodal RM1 juta dan syarikat meminjam lebih dari RM40 bilion dengan faedah yang tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG berkata, sebahagian daripada wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan ia diagihkan kepada pemimpin dan UMNO di peringkat bahagian, bagi membolehkan mereka menutup mata terhadap penyelewengan dilakukan.

“Sebaliknya, mereka teruskan sokongan mereka kepada Najib. Pengundi dalam PRU juga disogok oleh Najib supaya UMNO menang. Najib mungkin percaya bahawa melalui sogokan ini ia akan kekal sebagai Perdana Menteri (PM). Dan sebagai PM ia boleh menghalang tindakan undang-undang terhadap pencurian wang 1MDB milik kerajaan, olehnya,” tegas beliau.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, Najib bagaimanapun tidak lagi mampu menyembunyikan jenayah dilakukan, dan sebagai akibat, terpaksa membayar dengan kekalahan pada PRU-14.

“Kekalahan Barisan Nasional (BN) juga membongkar bermacam-macam jenayah dan salah guna kuasa yang dilakukan semasa pemerintahan UMNO dan Najib.

“Selain dari itu, prestasi pencapaian Malaysia merosot sehingga dikenali oleh dunia sebagai kleptokrasi, iaitu negara pencuri yang dipimpin oleh pencuri. Dan Malaysia tidak lagi menjadi Harimau Asia.

“Di masa sama, politik Malaysia menjadi tidak stabil dengan kerajaan  yang lemah yang tidak cekap. Prestasi Malaysia merosot teruk, dan kewangan Malaysia tertekan kerana bayaran hutang yang bertimbun. Adalah jelas jika Kerajaan UMNO tidak ditamatkan Malaysia akan alami keadaan yang lebih teruk,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, kepimpinan UMNO tidak senang mendengar serangan terhadap parti itu kerana berpendapat, ia kononnya mahu menutup kegagalan penyerang.

“Sebenarnya serangan terhadap UMNO disebabkan khuatir parti kleptokrat ini memenangi PRU-15 dan mendirikan kerajaan kleptokrasi.

“Jika keburukan UMNO tidak didedah, besar kemungkinan pengundi tidak fikir panjang dan mengundi UMNO seperti biasa.

“Apatah lagi kepimpinan UMNO amat berjaya menutup perbuatan salah mereka dengan mendakwa ahli dan penyokong tidak perlu malu apabila melakukan kesalahan,” katanya, sinis. - Getaran, 23 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi