web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bertanding Parlimen Tambun Perangkap ‘Kuburkan’ Politik Anwar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 12:12PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Karier politik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan terkubur selepas mengesahkan bakal bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November depan.

Exco Pemuda UMNO, Faridzul Azlan berkata, tindakan PKR meletakkan Anwar di kerusi tersebut hanyalah perangkap yang cuba dilakukan oleh Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli.

Beliau mendakwa, mantan Ahli Parlimen Pandan itu hanya sekadar mahu meranapkan karier politik Anwar agar PKR mampu dikuasai sepenuhnya oleh puak Rafizi.

“Ia merupakan satu perangkap. Anwar sengaja dihantar bertanding ke Parlimen itu bagi membunuh karier politik beliau.

“Kami berpendapat bahawa rencana meletakkan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai calon di Parlimen Tambun merupakan satu perangkap yang dipasang oleh Rafizi untuk menguburkan riwayat politik Anwar,” katanya hari ini.

Terdahulu, Anwar menerusi ucapan Konvensyen PH beberapa hari lalu mengesahkan akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU-15, bagi mencabar Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kerusi Tambun dimenangi Ahmad Faizal pada PRU-14, selepas mendahului pertandingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS menerusi majoriti 5,320 undi.

Pada ketika itu, Ahmad Faizal atau Peja bertanding di bawah panji PH dengan menggunakan logo PKR.

Ahmad Faizal memperoleh 38,661 undi, Ahmad Husni Hanadzlah (33,341) dan Muhamad Zulkifli (14,948).

Dengan pengesahan dibuat Anwar, ini bermakna Presiden PKR itu akan meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson, yang dimenanginya pada Oktober 2018 menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK), selepas meraih majoriti 23,560.

Dalam ucapannya Anwar berkata, keputusan bertanding di Tambun didorong hasrat menjadikan Perak barisan hadapan bagi PH.

Mahu Perak mengekori jejak Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, beliau mengakui belajar daripada pengalaman pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang meraih kemenangan di setiap kawasan ditandingi.

Dalam pada itu, Faridzul berkata, BN telah bersedia untuk menebus kembali kerusi Parlimen Tambun yang jatuh kepada parti lawan pada pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, gabungannya sama sekali tidak gentar dengan kehadiran Presiden PKR itu untuk bertanding di Parlimen Tambun.

“Malah, Pergerakan Pemuda BN Tambun sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja dan dari parti mana pun yang berhasrat untuk menentang BN di semua kerusi dipertandingkan di sini.

“Ini termasuklah di kerusi DUN Manjoi dan DUN Hulu Kinta. Tiada istilah mengalah sebelum bertempur dalam kamus perjuangan Pergerakan Pemuda BN Tambun,” katanya.

Sementara itu, Faridzul yang juga Pengerusi Pemuda BN Tambun meyakini pengundi di kawasan itu bijak menilai calon yang layak untuk mewakili mereka di peringkat Parlimen.

Beliau yakin pengundi akan memilih calon BN yang didakwa dapat menjamin kesejahteraan dan kemakmuran kepada masyarakat Tambun.

“Kami mengajak seluruh pengundi di Tambun untuk menolak calon lompat kawasan seperti Anwar yang bukan hanya tidak setia pada rakyat yang diwakilinya.

“Malah, hanya bertanding demi kepentingan politik peribadi bukannya untuk berbakti kepada rakyat,” katanya.

Sejumlah 66.32 peratus pengundi di parlimen itu adalah Melayu, Cina (20.22 peratus), India (11.42 peratus) dan Orang Asli (1.08 peratus). - Getaran, 23 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan