web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wong Tack Tolak Tanding Di Kerusi Cameron Highlands - Loke

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 3:11PM

Wong Tack - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan Wong Tack ditawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tetapi beliau menolaknya.

Penyandang kerusi Parlimen Bentong itu kini akan digantikan di kerusi yang dimenanginya pada 2018 oleh Young Syefura Othman, dan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU-15.

Loke berkata, beliau turut membincangkan tawaran kerusi Cameron Highlands dengan Wong selama tiga jam pada Ahad lalu dalam usaha mencapai persetujuan, tetapi akhirnya dia memutuskan untuk tidak bertanding.

Katanya, DAP terpaksa menerima keputusan Wong dan bergerak ke hadapan kerana kekangan masa untuk menyelaras rundingan kerusi dengan parti lain dalam Pakatan Harapan sebelum PRU-15 diadakan.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari pengundian pula pada 19 November depan.

Susulan penolakan Wong terhadap kerusi Cameron Highlands, DAP akan mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong.

Loke mengiktiraf sumbangan Wong kepada parti dan Bentong dengan menyatakan sokongan padunya terhadap isu alam sekitar, khususnya pembinaan kemudahan nadir bumi oleh Lynas dekat Kuantan.

“Terdapat banyak isu alam sekitar (di Pahang) dan itu antara sebab kami juga mencadangkan Wong bertanding di Cameron Highlands, tetapi dia menolaknya.

“Tetapi isu alam sekitar tidak bergantung kepada seorang individu. Calon kita (Yoke Kong) untuk Cameron Highlands misalnya, berjuang untuk petani di sana sejak beberapa tahun lalu.

“Jadi, kita perlu melihat lebih daripada seorang individu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Pada pilihan raya umum lalu, Wong dicabar Presiden MCA ketika itu, Tan Sri Liow Tiong Lai dan Balasubramaniam Nachiapan dari PAS.

Wong berjaya menewaskan Tiong Lai dengan majoriti 2,032 undi.

Loke hari ini turut mengumumkan bahawa Timbalan Setiausaha Agung DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji akan bertanding di kerusi Parlimen Lipis manakala Chow Yu Hui pula di Raub. - The Vibes, 26 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Nombor Plat FFF 1 Milik Agong, Salur Nilai Bidaan RM 1.75 Juta Kepada Kerajaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi