web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Nik Omar Guna Tiket PKR Bertanding di Perak  

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 4:20PM

Nik Omar bercakap di sidang media pengumuman calon PRU-15 Parti Keadilan Rakyat di ibu pejabat PKR hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November depan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman tersebut di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini dan mengesahkan mantan pemimpin PAS terbabit akan bertanding di Perak.

Bagaimanapun, Anwar tidak mendedahkan secara terperinci sama ada Nik Omar akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain Nik Omar, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mengumumkan enam muka baharu dengan dua daripadanya adalah calon muda dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Berikut ialah senarai calon yang diumumkan hari ini:

  • Datuk Zainal Azman Abu Seman - Negeri Perak
  • *Datuk Dr Hassan Basri - Negeri Pahang
  • *Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz - Wilayah Persekutuan (OKU)
  • *Saiful Yazan Yusof - Negeri Selangor
  • *Jufitri Joha - Negeri Sembilan
  • *Fatin Amilia Fazli - Negeri Perlis

Nik Omar pada PRU-14 turut menggunakan tiket PKR untuk bertanding, kerana tidak mendapat restu ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak untuk dicalonkan sebagai wakil AMANAH.

Beliau yang bertanding pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka tewas kepada calon PAS, Ahmad Fathan yang memperoleh sebanyak 10,549 undi.

Nik Omar kehilangan wang deposit selepas beliau mendapat 2,418 undi.

Calon lain yang bertanding di DUN Chempaka ialah Mohamad Fareez Noor Amran dari Barisan Nasional (BN) yang mendapat 7,075 undi pada PRU-14.

Pada Khamis lalu, Anwar mengesahkan dirinya akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU-15.

Beliau berkata, kesediaannya bertanding di kerusi Tambun adalah bagi mengangkat Perak sebagai barisan hadapan perjuangan gabungan parti itu dalam PRU kali ini.

Beberapa hari lalu, Anwar turut memberi bayangan bahawa anak sulungnya, Nurul Izzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Difahamkan, senarai calon parti sedang dikemas kini oleh Rafizi bersama barisan Naib Presiden PKR.

Rafizi sebelum ini dilaporkan berkata, kredibiliti, kepelbagaian dan kepakaran profesional dalam kalangan calon akan membezakan PKR dengan parti lain.

Sebelum ini, wujud desas-desus Rafizi akan bertanding di Gombak dan ia semakin kuat selepas Anwar dikatakan bakal menentang Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Getaran, 26 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan