web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serangan Bertali Arus Pada BN Perkara Biasa, Luar Biasa Jika Tidak Diserang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 5:57PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serangan bertali arus pihak lawan ke atas Barisan Nasional (BN) bukan sesuatu yang luar biasa di saat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menjelang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia akan dianggap sebaliknya jika BN tidak lagi diserang dengan pelbagai dakyah.

Menurut beliau, semua serangan tersebut akan diperhebat ketika PRU-15 semakin hampir, apatah lagi Pengerusi BN serta Presiden UMNO tidak pernah mengalah terhadap semua tekanan dan kezaliman diberikan.

“Sebab itu tokoh DAP, Lim Kit Siang pun amat mengambil berat tentang kerusi Parlimen Bagan Datuk (yang) disandang Presiden UMNO, sehinggakan soal calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Bagan Datuk pun beliau dalam kerisauan.

“Minta PH restui individu (yang) pernah menyarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan jadi calon PH,” katanya, sinis.

Beliau menyatakan demikian menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Zahid yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri berkata, alasan diberikan Kit Siang kononnya mahu melawan rasuah jelas tidak berlandaskan kejujuran.

“Beliau sendiri tahu Presiden UMNO dikenakan pertuduhan di mahkamah semasa PH (Pakatan Harapan) menguasai negara. Pertuduhan dikenakan ke atas saya sejurus PH menang PRU-14 dan (Tan Sri) Tommy Thomas dilantik Peguam Negara.

“Jika saya mengulas secara terperinci dan terbuka mengenainya di sini boleh mengundang implikasi perundangan, namun syukur Alhamdulillah Mahkamah (Tinggi) Shah Alam telah pun melepaskan malah membebaskan saya daripada pertuduhan,” tegasnya.

Katanya, tiada pemimpin PH termasuk Kit Siang mengulas mengenai laporan siasatan pasukan petugas khas ke atas buku Tommy yang telah didedahkan kepada umum.

Kit Siang jelas beliau lagi, seharusnya membangkitkan persoalan mengenai kes rasuah tanah dan banglo jika benar jujur melawan gejala rasuah.

“Kes rasuah bekas Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) tiba-tiba digugurkan selepas beberapa bulan PH menang PRU-14. Kes digugurkan di tengah-tengah perbicaraan setelah mahkamah memutuskan prima facie dan ramai saksi telah pun dipanggil.

“Kesimpulannya, sesiapa saja Pengerusi BN/Presiden UMNO akan jadi sasaran lawan BN kerana itu strategi mereka sejak dulu, lebih-lebih lagi Pengerusi BN/Presiden UMNO yang setia mempertahankan parti dan kebenaran,” katanya. - Getaran, 26 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

3

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini