web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Komited Tambah Baik Bajet 2023, Timbang Cadangan Beri Morotarium Khas

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 9:04AM

Muhyiddin menyampaikan antuan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kampung Melayu Bukit Pasir, semalam. - Gambar dari Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) komited untuk menambah baik dan melaksanakan setiap inisiatif terkandung dalam Bajet 2023, yang tidak sempat dibahas atau diluluskan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau juga akan mempertimbang cadangan pemberian morotarium khas bagi mengukuhkan kembali aliran kewangan, khusus bagi sektor perniagaan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut beliau, manifesto tersebut bukan omong kosong, tetapi ikrar PN untuk membantu rakyat serta negara kembali maju, makmur dan hebat.

“Semua tawaran bagi melaksanakan setiap inisiatif dan bantuan kepada rakyat akan diperjelas satu demi satu sehari selepas penamaan calon,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu terdahulu mengadakan beberapa program dengan penduduk setempat di Pagoh, Johor, semalam.

Selain bersarapan dengan penduduk di Permatang Pasir, beliau selaku Ahli Parlimen Pagoh turut menyampaikan bantuan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kampung Melayu Bukit Pasir.

“Saya turut singgah di Pekan Pagoh pada program Jualan Prihatin dan bersyukur melihat sambutan orang ramai yang tidak putus-putus datang membeli barangan keperluan seperti beras, minyak masak, ayam dan bawang yang dijual pada harga RM30 sahaja,” katanya.

Muhyiddin berkata, semua ibu bapa perlu membantu anak masing-masing yang mengundi buat kali pertama agar dapat membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

“Saya jelaskan anak-anak muda perlu dibimbing kerana pada usia semuda itu mereka masih tidak tahu selok-belok politik.

“Jadi kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab membantu mereka memilih parti yang boleh menjamin masa depan mereka iaitu PN,” katanya.  

Padq PRU-14, Muhyiddin yang bertanding di bawah panji PH dengan menggunakan logo PKR mengekalkan rekod tanpa kalah di Parlimen Pagoh apabila meraih 23,558 undi.

Beliau yang menang dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Mohamed dan Ahmad Nawfal Mahfodz dari PAS, dengan kelebihan 6,927 undi. - Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'