web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Miliki Saham Invoke RM16.7 Juta, Rafizi Didesak Beri Penjelasan Segera

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Nov 2022 2:00PM

Rafizi Ramli (kiri) dan Mohd Rashid Hasnon. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli didesak menjelaskan pada kadar segera pemilikan saham Invoke Solutions Sdn Bhd berjumlah RM16.7 juta, demi menjamin ketelusan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pengakuan Rafizi bahawa beliau memegang kesemua saham berkenaan menimbulkan persoalan, apakah calon Parlimen Pandan itu akan menyimpan kesemua saham tersebut.

Menurut beliau, Invoke yang ditubuhkan oleh Rafizi, kononnya untuk kepentingan awam telah merayu dan menerima sokongan orang ramai melalui kutipan dana.

Perkara itu katanya, tidak boleh dinafikan kerana semua maklumat terbabit boleh diperoleh melalui laman web beliau sendiri iaitu https://rafiziramli.com.

“Adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan bahawa Invoke dibina berasaskan sokongan orang ramai. 

“Orang ramai menyokong Invoke kerana mereka dijamin oleh Rafizi bahawa Invoke wujud untuk memastikan pilihan raya yang adil. Mereka menyokong untuk satu tujuan yang murni, bukan untuk memperkaya mana-mana individu,” katanya hari ini. Mohd Rashid yang juga penyandang kerusi Parlimen Batu Pahat berkata, pengisytiharan harta dilakukan Rafizi bagaimanapun dengan jelas menunjukkan bahawa beliau telah mengaut kekayaan melalui Invoke.

“Walaupun Rafizi tidak menjual atau melupuskan saham tersebut dalam masa terdekat, kekayaan yang beliau miliki bernilai jutaan ringgit. Sumber kekayaan ini adalah initiatif berciri kepentingan awam iaitu Invoke.

“Beliau telah mengaut keuntungan, dan keuntungan yang begitu lumayan.

Rakyat biasa (di) Malaysia hanya sekadar mampu bermimpi untuk mengecapi RM16 juta, walaupun bekerja keseluruhan riwayat hidup mereka,” katanya.

Mohd Rashid menarik perhatian, Rafizi secara jelas memaklumkan bahawa Invoke adalah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan, berbanding apa dinyatakan pada 28 September 2017 sebagai respon terhadap bekas pembantu Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Rizal Mansor.

“Rafizi juga menyatakan walaupun terdapat keuntungan, Invoke tidak boleh menggunakan keuntungan untuk peribadi termasuk kepada pemegang saham seperti beliau. Kenyataan ini juga boleh didapati dalam laman web beliau sendiri.

“Penambahan nilai saham adalah jelas merupakan satu keuntungan kepada Rafizi. Malah, lebih penting adalah, Rafizi tidak menyatakan di mana-mana bahawa saham tersebut dipegang sebagai amanah bagi tujuan untuk perbelanjaan program untuk awam, atau inisiatif lain yang membantu orang ramai. Ia hanya diisytiharkan sebagai hartanya sendiri, milikan beliau dan sebagai sebahagian harta peribadi beliau. Beliau juga tidak menyatakan bahawa beliau adalah pemilik nominal. Rafizi adalah pemilik berfaedah yang mutlak,” katanya.

Mohd Rashid menegaskan, Rafizi perlu menjelaskan apakah beliau bersetuju dengan kenyataan bahawa Invoke menerima sokongan awam termasuk melalui kutipan dana, walaupun telah memasukkan wang sendiri.

“Adakah Rafizi bersetuju bahawa saham Invoke yang kini bernilai berjuta-juta ringgit adalah sebab sokongan orang ramai dan publisiti terhadapnya untuk mendapatkan pilihan raya yang adil?

“Mengapakah setelah diumumkan pada tahun 2017 bahawa Invoke bukanlah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan peribadi termasuk pemegang saham, beliau menyimpan saham yang telah berkali ganda nilainya sebagai harta peribadi beliau,” katanya.

Rafizi juga jelasnya, perlu menyatakan secara terbuka, apakah beliau akan menubuhkan amanah atas semua saham tersebut demi kepentingan awam.

“Dalam memegang kepada kenyataan beliau sendiri pada tahun 2017 bahawa Invoke adalah satu entiti tidak berasaskan keuntungan (non-profit), adalah Rafizi akan menubuhkan suatu amanah atas saham untuk kepentingan awam atau beliau masih terus memegang saham itu sebagai milik peribadi beliau,” katanya. - Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi