web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Poster Calon PH Kuala Pilah Bermandi Cat Merah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 12:52PM

Kelihatan poster kempen menampilkan wajah Nor Azman dikenakan cat merah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Kira-kira empat papan iklan yang memaparkan wajah calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad bagi Parlimen Kuala Pilah disimbah cat merah, semalam.

Seorang penduduk di Kampung Seberang Pekan, Kuala Pilah yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, tindakan itu disedari petang semalam dan disifatkan sebagai politik murahan segelintir pihak.

“Terdapat dua tempat yang disimbah cat merah iaitu di Kampung Seberang Pekan Kuala Pilah dan berhampiran dengan kawasan pasar awam bazar Melayu.

“Kita mengecam tindakan (simbah cat merah) dibuat mereka yang tidak bertanggungjawab ini, dan saya berharap pengundi di Kuala Pilah boleh menerima gerak kerja PH yang membawa kebaikan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Menurut beliau, pengundi boleh menilai sendiri keperibadian pelaku atau pihak yang terbabit dengan perbuatan vandalisme tersebut, dan seterusnya membuat pilihan masing-masing.

“Dari sini sahaja kita boleh lihat siapa sebenarnya yang betul-betul mahu berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Ahmad yang juga seorang daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) memberitahu, mereka telah membuat laporan polis semalam, susulan insiden.

Beliau bagaimanapun berkata, perbuatan tersebut tidak akan menjejaskan gerak kerja Nor Azman dan jentera PH untuk terus mendampingi pengundi di Kuala Pilah.

“Kami sebenarnya syak perkara ini terjadi daripada perbuatan tidak puas hati oleh individu tertentu, kerana itu laporan polis dibuat agar siasatan terperinci dapat dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Nor Azman menerusi Facebook miliknya melahirkan kekecewaan atas provokasi tersebut, kerana ia mencemarkan semangat demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

“Saya kira 2022 ini kita semua sudah matang untuk berdepan dengan perbezaan. Kempen baru bermula dan iklan untuk saya berkempen agak terhad.

“Kemudian, berlaku pula perbuatan sebegini dan mencemar semangat demokrasi yang kita junjung.

“Wakil calon telah melaporkan perkara ini kepada pihak berwajib. Kepada Allah saya berserah,” katanya.

Parlimen Kuala Pilah menyaksikan pertembungan lima penjuru termasuk Norazman serta penyandangnya, Datuk Eddin Syazlee Shith (PN-BERSATU), pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mereka bakal dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Adnan Abu Hassan, calon Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Kamarulzaman Kamdias dan wakil Parti WARISAN, Datuk Azman Idris. - Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula