web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bagan Datuk Dizalimi Selepas PRU-14, Zahid Seru Penduduk Bangkit

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 9:08AM

Sejak menjadi daerah baharu di Perak pada 2017, pelbagai pembangunan telah dirancang oleh kerajaan BN, membabitkan peruntukan berbilion ringgit untuk penduduk Bagan Datuk - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Daerah Bagan Datuk didakwa menjadi mangsa kezaliman pihak lawan, sebaik sahaja Barisan Nasional (BN) tewas di tangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), lebih empat tahun lalu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, 10 projek pembangunan utama di daerah terbabit dibatalkan selepas PRU-14 dengan menjadikan implikasi kewangan sebagai alasan.

Sebanyak 25 projek pembangunan lagi jelas beliau, ditangguhkan secara tiba-tiba.

“Alasan dibatalkan kerana implikasi kewangan amat menyakitkan hati kita semua, tetapi apakan daya.

“Seolah-olah tiada nilai Bagan Datuk serta masyarakatnya di mata mereka, sedangkan ia projek yang dirancang untuk Bagan Datuk di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” katanya.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, 10 projek pembangunan utama di daerah terbabit dibatalkan selepas PRU-14 dengan menjadikan implikasi kewangan sebagai alasan - Gambar oleh Alif Omar
Ahmad Zahid Hamidi berkata, 10 projek pembangunan utama di daerah terbabit dibatalkan selepas PRU-14 dengan menjadikan implikasi kewangan sebagai alasan - Gambar oleh Alif Omar

Zahid yang bakal mempertahan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, musuh BN ketika ini hadir berbondong-bondong ke daerah tersebut bagi membawa pelbagai naratif, serta propaganda yang dirancang dari luar.

“Semua itu bertujuan meluncurkan kebencian ke atas rakyat Bagan Datuk yang akan mengundi pada 19 November ini.

“Namun ingatlah tentang penganiayaan musuh BN ini selama mereka menjadi 'kerajaan 22 bulan'. Merekalah yang kini PH dan PN (Perikatan Nasional) dulu berkomplot untuk menzalimi masyarakat Bagan Datuk,” tegasnya.

Zahid mendakwa, semua kos dan nilai projek yang dibatal dan ditangguhkan itu telah diteliti dari segenap aspek oleh BN, sebelum mereka tewas pada PRU-14.

“Bagan Datuk diiktiraf sebagai daerah baharu ke-12 di Perak pada 2017, iaitu sebelum musuh BN mengambil alih kerajaan melalui fitnah dan tipu daya.

“Sejak menjadi daerah baharu di Perak, pelbagai pembangunan telah dirancang oleh kerajaan BN, membabitkan peruntukan berbilion ringgit untuk penduduknya,” katanya.

Zahid Hamidi berkata, anasir politik menghilangkan perikemanusiaan musuh BN, sehingga sanggup membatal dan menangguhkan projek pembangunan lain di Bagan Datuk - Gambar oleh Alif Omar
Zahid Hamidi berkata, anasir politik menghilangkan perikemanusiaan musuh BN, sehingga sanggup membatal dan menangguhkan projek pembangunan lain di Bagan Datuk - Gambar oleh Alif Omar

Tambah Presiden UMNO itu, anasir politik menghilangkan perikemanusiaan musuh BN, sehingga sanggup membatal dan menangguhkan projek pembangunan lain di Bagan Datuk.

“Tarikh 19 November 2022 (ialah) masa untuk rakyat Bagan Datuk tanpa mengira sentimen politik bangkit, (dan) memulangkan paku buah keras' atas kezaliman musuh dari luar ini.

“Kita sepakat memberi kemenangan besar kepada BN pada PRU kali ini, supaya mereka tahu erti penyesalan kerana pernah menganiaya dan menzalimi Bagan Datuk,” katanya. 

Zahid yang mengekalkan kedudukan tanpa kalah di Bagan Datuk sejak lima penggal lalu bakal berdepan saingan empat penjuru pada PRU-15.

Beliau bakal dicabar Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-PKR) yang berpindah dari Parlimen Hang Tuah Jaya dan Dr Muhammad Faiz Na’aman (PN-BERSATU).

Turut bertanding ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik Ismail.

Beliau yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Benut bertanding di bawah tiket Bebas.

Pada PRU-14, Zahid mengekalkan kedudukan di Bagan Datuk apabila memperoleh majoriti undi sebanyak 5,073 selepas menewaskan calon PH dan PAS. - Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

2

Politik 7 bulan yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang