web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Melaka Yakin Tawan Semula Kerusi ‘Pengkhianat’ di Alor Gajah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 9:28AM

Adly yakin PH mampu merampas kembali kerusi Parlimen Alor Gajah. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Dengan strategi disusun rapi dan sokongan pengundi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yakin parti itu mampu merampas kembali kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut calon PH itu yang mewakili kerusi berkenaan, ia mampu direalisasikan sekiranya 75 peratus rakyat yang layak mengundi menunaikan kewajipan berkenaan pada PRU-15, 19 November ini.

“Pada PRU lalu, ada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Alor Gajah dimenangi PH dan satu DUN menjadi milik Barisan Nasional (BN) di Asahan. Sememangnya kita tahu potensi kita walaupun tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di semua lima DUN, cabaran kita adalah (minta orang ramai) keluar mengundi.

“Jadi, kita sasarkan lebih 75 peratus orang keluar mengundi supaya peluang untuk PH menang adalah cerah. Hanya Asahan berdepan kesukaran untuk PH meraih undi majoriti, namun kita akan cuba menawan empat DUN, bagi menjamin kemenangan gabungan kita,” katanya ketika ditemui Getaran.

Pada PRU-14, PH menakluk Parlimen Alor Gajah sebelum kehilangan kuasa apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertindak mengadakan Langkah Sheraton.

Berkongsi kemampuannya untuk meraih kemenangan di Parlimen Alor Gajah, Adly meyakini peristiwa PH tewas di situ, tidak terjadi kepada diri beliau berikutan suasana dan corak geopolitik adalah berbeza seperti dihadapi pada PRN.

“Suasana sudah berbeza kerana ketika itu (PRN Melaka) disebabkan COVID-19 dan ketika ini pelbagai sektor ekonomi dan sosial kita dibuka.

“Saya yakin, dari segi pelbagai kajian dilaksanakan menunjukkan bahawa graf sekarang menyaksikan secara asasnya, sejumlah 76 peratus rakyat akan keluar mengundi, namun kita mahu kalau boleh capai 80 peratus dan paling baik seperti apa kita gapai semasa PRU-14,” katanya.

Adly berkata, PH Melaka akan melaksanakan pendekatan terbaik dalam memikat hati rakyat, khususnya bagi menyangkal dakwaan gabungan itu tidak mampu memikat hati pengundi Melayu di negeri berkenaan.

Mantan Ketua Menteri Melaka itu tidak menolak kemungkinan sejumlah 30 peratus penduduk di Parlimen Alor Gajah yang terdiri dalam kalangan kaum bukan Melayu, menjadi penentu kemenangan PH di kerusi tersebut.

“Bagi saya pada PRU-15, semua pihak tak kira kaum apa mempunyai satu undi. Jadi, setiap pengundi akan berikan peluang kepada calon yang boleh memenangi hati pelbagai kaum di negara kita.

“Hasrat PH adalah untuk mencuba sebaik mungkin dan berusaha walaupun orang menyebut seolah-olah gabungan kita ini, tidak boleh memenangi hati orang Melayu.

“Namun, kita mampu lakukan perkara itu dengan usaha giat. Kita mahu memenangi hati semua kaum bagi memastikan kemenangan kerusi Parlimen Alor Gajah,” katanya.

Mengulas lanjut, Adly menyerahkan kepada pengundi untuk menilai pencapaian beliau, termasuk mengambil kira pengalamannya sebagai Ketua Menteri Melaka dan calon tempatan.

Jelasnya, PH mempunyai kekuatan dari segi pentadbiran dan pembangunan yang dilaksanakan ketika gabungan itu menjadi kerajaan, berbanding calon dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) di Parlimen sama.

“Terpulang kepada UMNO dan BN dengan strategi mereka gunakan, kita ada kekuatan pentadbiran selama 22 bulan serta meletakkan calon tempatan.

“Kita akan gunakan manfaat itu untuk berikan jaminan kepada rakyat bahawa kita boleh berkhidmat. Saya membesar di sini dan tahu apa masalah sebenar dihadapi penduduk di sini.

“Ketika kita memerintah 22 bulan, sebahagian masalah ini dapat kita selesaikan, namun saya fikir dengan kita bertanding di sini, ia boleh membantu masa depan penduduk Alor Gajah,” katanya.

Parlimen Alor Gajah menyaksikan persaingan empat penjuru, iaitu Adly, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang mewakili Perikatan Nasional (PN); Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Muhammad Nazriq Abdul Rahman yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) daripada BERJASA. - Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula