web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Gantung Keahlian Isteri Shahidan, Ismail

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 1:15PM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua Ketua Wanita UMNO Bahagian berdepan penggantungan sementara selepas didakwa cenderung menyokong calon parti lawan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penggantungan itu melibatkan semua jawatan yang disandang kedua-duanya dalam parti, sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.

Menurut beliau, dua individu berkenaan terdiri daripada Ketua Wanita UMNO Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatima Kassim.

“Penggantungan tersebut selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO.

“Ada aduan sahih berkenaan tingkah laku dan kecenderungan kedua-dua Ketua Wanita UMNO Bahagian terbabit, secara langsung atau tidak langsung dan menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke- 15 ini,” katanya hari ini.

Ahmad berkata, butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan ke atas kedua-dua Ketua Wanita berkenaan dipanjangkan kepada Lembaga Disiplin.

“Pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap semua parti sepanjang tempoh berkempen PRU-15 ini bagi memastikan tiada unsur-unsur sabotai dilakukan terhadap calon dan parti,” katanya.

Sekadar info, Shamsiah ialah isteri kepada penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim manakala Fatima ialah isteri kepada penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Kedua-dua mereka dipecat dari UMNO selepas mengumumkan akan bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15. - Getaran, 13 November 2022





 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang