web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Lebih 20 Juta Pengundi Pilih Kepimpinan Negara Hari Ini

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 7:50AM

Sejumlah bakal pengundi yang tiba awal sebelum Pusat Pengundian SK Seksyen 9 Shah Alam dibuka jam 8 pagi ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 20 juta pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.

Turut diadakan serentak ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah yang tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan dibuka bermula 8 pagi manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 7.30 pagi.

Mengikut Warta Kerajaan mengenai penetapan waktu mengundi PRU-15 yang dimuat naik di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang.

Namun, ada pusat mengundi akan ditutup lebih awal antaranya Balai Raya Pulau Besar di dalam daerah mengundi Pulau Besar di Johor yang hanya mempunyai satu tempat mengundi, akan ditutup pada 11 pagi.

Di Sabah, Sarawak dan Labuan pula pusat mengundi akan ditutup antara 11 pagi hingga 5.30 petang.

Menurut kenyataan SPR pada 20 Okt lepas, sebanyak 8,958 pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 tempat mengundi akan dibuka di seluruh negara untuk PRU-15.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU-15 mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,853,681 orang pengundi biasa, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan dan 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Sejumlah 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun akan mengundi buat kali pertama pada PRU15 ini susulan pelaksanaan Undi18.

Pengundian awal telah berlangsung pada Selasa lepas yang menyaksikan 94.72 peratus atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai, Kedah tidak akan diadakan bersekali dengan PRU-15 hari ini susulan kematian calon Pakatan Harapan yang juga penyandang kerusi itu M. Karupaiya pada Rabu lepas. 

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan semalam berkata PRU-15 bagi Parlimen itu ditetapkan pada 7 Disember depan manakala hari penamaan calon pada 24 November dan hari mengundi awal pada 3 Disember.

Selepas proses penamaan calon PRU-15 pada 5 November lepas, seramai 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, yang teramai dalam rekod Pilihan Raya Umum negara.

Berikutan pilihan raya Parlimen Padang Serai diadakan berasingan, seramai 939 calon akan bertanding hari ini bagi merebut 221 kerusi Parlimen. 

Karupaiya, 69, sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan calon Bebas Sreanandha Rao pada PRU-15.

Sementara itu, seramai 441 calon akan bersaing untuk merebut 117 kerusi DUN di Perak, Pahang, Perlis dan kerusi N66 Bugaya, Sabah.

Bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pengundi yang positif COVID-19 perlu melaporkan status kesihatan mereka dalam aplikasi MySejahtera masing-masing untuk mendapatkan pemakluman mengenai garis panduan mengundi.

Mereka juga wajib memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing. Pemakaian pelitup muka bagi pengundi lain pula adalah amat digalakkan.

Dalam pada itu, SPR dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi adalah tidak dibenarkan pada PRU-15.

Menurut SPR, pengundi yang membawa telefon bimbit perlu meletakkan gajet itu di tempat yang disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula selepas selesai mengundi.

Sebagai peringatan, notis dan poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletak di luar dan di dalam tempat mengundi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Pengundi DUN Nenggiri Pilih Wakil Rakyat Baharu Hari Ini

2

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Penggemar Fotografi, Siri Honor 200 Ini Adalah Untuk Anda!

3

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman : Pusat Pengundian Ditutup, Proses Penjumlahan Undi Bermula

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakej 5G Rahmah: 47,000 Set Telefon Pintar Tiba Minggu Ini - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki