web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pakej 5G Rahmah: 47,000 Set Telefon Pintar Tiba Minggu Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 6:49PM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 47,000 set telefon pintar jenama Samsung dan Honor bagi Pakej 5G RAHMAH tiba di Malaysia minggu ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kesemua telefon pintar itu akan diedarkan ke pusat pengedaran syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam menyediakan Pakej 5G RAHMAH.

“Pihak telco memaklumkan ia adalah satu jumlah yang mencukupi dan mereka akan pantau untuk pastikan jumlah peranti ini terus mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sungai Klang di Jalan Klang Lama di sini hari ini. 

Pakej 5G RAHMAH ditawarkan untuk semua rakyat Malaysia bermula 31 Ogos lepas dengan kontrak langganan selama 24 bulan. 

Pakej tersebut menawarkan spesifikasi asas pelan data 5G melibatkan telefon pintar jenama Samsung dan Honor berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60 gigabit (GB).

Ditanya mengenai sambutan rakyat terhadap inisiatif itu, Fahmi berkata maklum balas yang diterima setakat ini adalah positif dengan ramai yang sedang meneliti pelbagai pakej berbeza yang disediakan oleh telco.

“Ramai yang sangat berminat, malah ada yang bertanya jika model telefon sekian ada ataupun tiada di pasaran (di bawah Pakej 5G RAHMAH),” katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan kerajaan menyekat kebebasan media, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bersikap “kuku besi” dan akan terus mempertahankan kebebasan media.

Katanya, tindakan hanya akan diambil sekiranya pelaporan berita mengandungi perkara yang berunsur fitnah atau maklumat palsu. 

“Saya ambil contoh sewaktu Pilihan Raya Negeri (baru-baru ini), ada satu berita yang telah diterbitkan oleh satu media tersohor menyatakan ada seorang ahli politik yang telah ditahan oleh pihak polis tetapi terbukti perkara itu palsu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agensi media dapat mengadakan perbincangan agar perkara seperti itu tidak berulang. 

“Dalam kita membuat pelaporan, menjadi yang pertama dalam mendapatkan berita sama penting dengan untuk mendapatkan fakta yang tepat,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Penggemar Fotografi, Siri Honor 200 Ini Adalah Untuk Anda!

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakej Rahmah Allo Tawar Harga Langganan RM69 Sebulan - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Bicara Ebit Lew: Gambar Dipercayai Berunsur Seksual Adalah Tangkap Layar Aplikasi Perbualan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ketua Isi Rumah B40 Disaran Berbelanja Di Pasar Raya Tawar Diskaun Di Bawah Pakej Rahmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi