web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kaedah SD Buatkan Muhyiddin Sekali Lagi Berdepan Reputasi Pintu Belakang 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 7:06AM

Kaedah mengumpul tandatangan yang digunakan Perikatan Nasional (PN) boleh menyebabkan gabungan terbabit sekali lagi dituduh sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kesahihan kerajaan dibentuk Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi akan menjadi pertikaian jika beliau meneruskan usaha meraih majoriti mudah menerusi akaun bersumpah (SD), kata pemerhati politik dan kumpulan masyarakat awam.

Kaedah mengumpul tandatangan yang digunakan Perikatan Nasional (PN) boleh menyebabkan gabungan terbabit sekali lagi dituduh sebagai ‘kerajaan pintu belakang’, memandangkan PN bukan pemenang majoriti kerusi dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, Muhyiddin mungkin mengambil kesempatan atas kelompongan tertentu Akta Anti Lompat Parti, untuk mengumpan wakil UMNO menyertai blok miliknya.

Menurut Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun, Muhyiddin mungkin mengambil kesempatan atas kelompongan tertentu Akta Anti Lompat Parti, untuk mengumpan wakil UMNO menyertai blok miliknya - Gambar Fail
Menurut Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun, Muhyiddin mungkin mengambil kesempatan atas kelompongan tertentu Akta Anti Lompat Parti, untuk mengumpan wakil UMNO menyertai blok miliknya - Gambar Fail

“Ya, memang ada kelompongan dalam akta itu, seperti Ahli Parlimen yang dipecat masih boleh mengekalkan kerusi mereka,” katanya ketika ditanya, apakah beliau merasakan Muhyiddin sedang menggunakan strategi sama yang digunakan untuk menyandang portfolio Perdana Menteri menerusi Langkah Sheraton.

Ei Sun menyatakan demikian ketika diminta mengulas tindakan mengutip SD daripada 10 Ahli Parlimen UMNO, yang kemudian dinyatakan sebagai tidak sah oleh Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan kritikan bahawa PN dan rakan sekutu baharu mereka seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memiliki bilangan mencukupi untuk membentuk kerajaan, kerana mereka hanya mempunyai jumlah keseluruhan 108 kerusi, kurang empat kerusi untuk mewujudkan majoriti mudah iaitu 112.

Ei Sun bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen UMNO masih boleh mengekalkan kerusi mereka dan menjadi wakil Bebas jika dipecat daripada parti.

"Hanya jika mereka keluar parti atas kehendak sendiri kerusi itu akan dikosongkan," kata Ei Sun.

“Jadi secara teori, Ahli Parlimen UMNO masih boleh mengisytiharkan sokongan terhadap Muhyiddin.

Ei Sun bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen UMNO masih boleh mengekalkan kerusi mereka dan menjadi wakil Bebas jika dipecat daripada parti - Gambar Fail
Ei Sun bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen UMNO masih boleh mengekalkan kerusi mereka dan menjadi wakil Bebas jika dipecat daripada parti - Gambar Fail

Konsultan Hak Asasi Manusia dan bekas Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Jerald Joseph berkata, SD individual membentuk sebahagian daripada rangka kerja lama yang membawa kepada perbuatan melompat parti oleh sejumlah Ahli Parlimen ketika Langkah Sheraton.

“Itulah yang membawa kepada penguatkuasaan Akta Anti Lompat Parti. Jadi rundingan sekarang harus dibuat antara parti. Dan Ahli Parlimen perlu membuat keputusan berdasarkan rangka kerja parti mereka,” katanya ketika dihubungi.

“Jika tidak, ia akan kelihatan seolah-olah seperti sebelum ini yang menyaksikan mana-mana individu boleh melompat parti apabila dikehendaki.”

Platform Reformasi CSO, yang mewakili gabungan 100 kumpulan komuniti awam mengakui bahawa PH muncul sebagai gabungan terbesar di Parlimen dengan 81 kerusi atau 5,810,690 undi, diikuti oleh PN, BN dan GPS.

“Kerajaan gabungan seharusnya dibentuk menerusi rundingan antara parti, bukan dengan cara mengumpulkan deklarasi SD,” katanya menerusi kenyataan.

“Kehendak rakyat perlu diterjemahkan sebagai majoriti, memandangkan mereka mengundi Pakatan Harapan.

Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting dalam merangka keputusan pilihan raya.”

Platform Reformasi CSO, yang mewakili gabungan 100 kumpulan komuniti awam mengakui bahawa PH muncul sebagai gabungan terbesar di Parlimen dengan 81 kerusi atau 5,810,690 undi, diikuti oleh PN, BN dan GPS - Gambar Fail
Platform Reformasi CSO, yang mewakili gabungan 100 kumpulan komuniti awam mengakui bahawa PH muncul sebagai gabungan terbesar di Parlimen dengan 81 kerusi atau 5,810,690 undi, diikuti oleh PN, BN dan GPS - Gambar Fail

Dewan Perhimpuhan Cina Kuala Lumpur - Selangor (KLSCAH) dalam satu kenyataan mengulangi gesaan untuk membenarkan gabungan dengan jumlah kerusi tertinggi diberi keutamaan membentuk kerajaan, selari dengan amalan sistem Westminister.

“Dalam ertikata lain, dakwaan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PN boleh membentuk kerajaan bercanggah dengan konvesyen Westminister yang membentuk asas Perlembagaan Persekutuan, memandangkan Pakatan Harapan dengan 82 kerusi Parlimen ialah gabungan yang memenangi majoriti kerusi Parlimen, diikuti PN di tempat kedua.”

Sementara itu, penganalisis Universiti Sains Malaysia (USM), Azmil Tayeb memberitahu, situasi semasa iaitu Parlimen tergantung berbeza dengan Langkah Sheraton kerana ini adalah pilihan raya umum dengan barisan pemenang dan kalah yang nyata.

Bagaimanapun beliau berkata, rundingan rasmi seharusnya dijalankan antara parti dan bukan secara individual.

“Rundingan membentuk gabungan seharusnya telus dan mengikuti prosedur sebenar,” kata Azmil. - The Vibes, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

2

Politik 4 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

3

Semasa 4 hari yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Politik 5 hari yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

oleh Wartawan Getaran