web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Enggan Turuti Titah Agong, Muhyiddin Angkuh, Pendendam - Mohd Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 10:03AM

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong apabila enggan menubuhkan kerajaan perpaduan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, keengganan Muhyiddin itu jelas menampakkan sikapnya yang angkuh.

“Keluar dari Istana Negara semalam, Muhyiddin tegas mengatakan PN tolak PH untuk tubuh kerajaan perpaduan. Dia sign, tetapi tetap tulis “Tidak bersetuju,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Mohd Puad, Ahli Parlimen Pagoh itu seolah menyalahkan Istana Negara yang memberitahu, akaun bersumpah (SD) dibawanya tidak lengkap.

“Kalau berani, dedahkanlah nama 115 MP (Ahli Parlimen) tersebut. Mana tahu ada nama MP daripada BN (Barisan Nasional). 

“Muhyiddin jelas tidak hormat Yang di-Pertuan Agong. Kalau tidak berani, jangan setakat Istana, rakyat pun tidak percaya,” tegasnya.

Mohd Puad selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri semalam itu jelas menampakkan perwatakan beliau yang angkuh dan pendendam.

“Layakkah dia jadi PM (Perdana Menteri) semula. Ustaz Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) di sebelahnya hanya mengangguk. Itulah PAS,” katanya, sinis.

Muhyiddin semalam ketika bercakap kepada media memberitahu, beliau tidak bersetuju dengan permintaan Agong yang menitahkan supaya PN dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan.

“Yang di-Pertuan Agong mencadangkan kami bekerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, tapi kami sudah berbincang sebelum ini. Kami tidak akan bekerjasama dengan PH.

“Itu adalah pendirian parti sejak mula lagi. Atas apa alasan sekali pun, kami tidak akan bersetuju,” katanya. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 11 bulan yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

3

Politik 11 bulan yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK: Saingan 3 Penjuru Di Pelangai Antara BN, PN, Bebas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah