web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


130 Ketua Bahagian UMNO Sokong Ahmad Zahid Kekal Jawatan, Kembali Perkukuhkan Parti

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 5:22PM

Mohd Shafei (duduk tengah) bersama sebahagian 130 Ketua UMNO Bahagian dan seluruh perhubungan negeri parti itu yang bersolidariti agar Ahmad Zahid tidak berundur daripada jawatan. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Seramai 130 Ketua Bahagian dan seluruh badan perhubungan UMNO negeri bersolidariti dalam memberi sokongan agar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berundur dari memegang jawatan sebagai presiden parti itu dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), meskipun ia mencatatkan pretasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jurucakap kumpulan itu yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah berkata, pihaknya berikrar menyokong Ahmad Zahid untuk tidak meletak jawatan bagi meneruskan perjuangan UMNO dan BN agar terus relevan di hati rakyat.

“Semua yang hadir ini bagi menunjukkan solidariti kepada presiden kita (Ahmad Zahid) kerana sebelum ini ada satu kumpulan mengumunkan sekolah-olah mereka wakil seluruh rakyat untuk minta letak jawatan.

“Namun, hari ini yang kesemuanya berjumlah 130 ketua bahagian termasuk badan perhubungan UMNO di seluruh negeri, berikrar menyokong dan meminta presiden meneruskan komitmennya dalam memastikan UMNO terus mendapat perhatian rakyat di masa ini dan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, kekalahan teruk BN pada PRU-15 adalah disebabkan ketidakupayaan ahli parti itu untuk membersihkan kepimpinannya yang korup atau terbabit rasuah.

Menurutnya, rakyat masih akan memilih untuk mengundi BN sekiranya reformasi dilakukan dalam parti itu.

Justeru, Annuar berkata, anggota UMNO bahagian mendesak Ahmad Zahid berundur dan beliau sebelum ini mengambil pendekatan membisu mengenai perkara itu, memandangkan tidak boleh menentang Presiden semasa tempoh berkempen.

Mohd Shafei mencadangkan pemimpin UMNO yang menolak bersama Ahmad Zahid agar bermuhasabah diri, demi mengukuhkan parti dan BN.

“Kita ingin menasihatkan mana-mana ketua bahagian meragui, syak wasangka, masih berfikir macam-macam, sila kembali dan bersatu demi rakyat.  

“Kita terbuka sebab ini biasalah, semua perlu berlapang dada agar UMNO ini bersatu padu kerana kita hanya menang 30 kerusi. Kalau berpecah malanglah kita di masa depan.

“Harap mereka yang ‘corner baring’ (memberi kenyataan menolak tidak bersama Ahmad Zahid) dapat kembali semula,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Shafei berkata, pihaknya kesal di atas kebiadapan MCA dan MIC yang menggesa agar Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai Pengerusi BN.

“Sedangkan mereka ini kita bawa kendong dah berpuluh tahun dan kerusi mereka majoritinya Melayu, namun bila dalam keadaan genting, mereka cuba ‘berpaling tadah’,” katanya. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

2

Semasa 1 tahun yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

3

Politik 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Yakin MCA, MIC Kekal Bersama BN Biarpun ‘Dilamar’ Parti Lain

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Mahu KKDW Tingkat Usaha Noktah Kemiskinan Rakyat Luar Bandar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan