web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Mahu KKDW Tingkat Usaha Noktah Kemiskinan Rakyat Luar Bandar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 1:00PM

Ahmad Zahid turut menasihatkan warga KKDW agar melaksanakan setiap program yang dirancang tanpa memikirkan kritikan daripada kumpulan yang dikenali sebagai ‘anti-establishment’. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempertingkatkan usaha menoktahkan kemiskinan rakyat luar bandar, dengan memastikan setiap perancangan dan program yang dilakukan mempunyai keberkesanan untuk kumpulan sasaran iaitu rakyat luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata usaha perlu dipertingkatkan selaras dengan sasaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menoktahkan kumpulan miskin tegar di semua peringkat.

“Saya harap sasaran untuk menoktah miskin tegar dilakukan agensi (KKDW). Tetapi jangan lupa masyarakat bandar yang dipanggil sebagai miskin bandar, itu biarlah agensi lain laksanakan.

“Kita jaga KKDW kena terjemahkan dan laksanakan apa disasarkan oleh Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di sini hari ini.

Ahmad Zahid turut menasihatkan warga KKDW agar melaksanakan setiap program yang dirancang tanpa memikirkan kritikan daripada kumpulan yang dikenali sebagai ‘anti-establishment’.

“Kumpulan ‘anti-establishment’ ini mesti ada di mana-mana, pasti ada penolakan oleh kumpulan ini. Ia tidak terhenti meskipun kejayaan muncul.

“Orang suka pasti kata apa kita buat baik… kalau tidak suka pasti kata tidak baik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid mahu dua agensi dibawah KKDW iaitu Felcra Bhd dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selantan (Kesedar) mempertingkatkan kolaborasi sedia ada untuk mengeluarkan satu juta ekor ayam pedaging bagi setiap pusingan berbanding 250,000 ekor ketika ini.

“Saya cabar kolaborasi ini keluarkan satu juta ekor ayam setiap pusingan, pasti boleh dilakukan cuma perlu ada kaedah bagaimana untuk melaksanakannya,” katanya. 

Sebelum ini, Felcra dan Kesedar mengambil inisiatif untuk berkolaborasi membangunkan projek ternakan ayam secara tertutup di Paloh 4, Gua Musang dengan kapasiti 250,000 ekor ayam pedaging bagi setiap pusingan. 

Projek itu menjana pelbagai aktiviti ekonomi setempat seperti perkhidmatan dan penyelenggaraan, kerja-kerja landskap, pembekalan, pembinaan, kontrak dan sebagainya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Politik 1 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang