web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Melampau, Sikap Tidak Cerminkan Agenda ‘Pertahan Kepimpinan Ulama’ Dilaungkan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 4:05PM

Kamil (tengah) berkata perbuatan itu jelas membuktikan gabungan berkenaan tidak menampilkan akhlak Islam seperti yang dilaungkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Trend ucapan menghina dan menabur fitnah ditunjukkan segelintir pemimpin Perikatan Nasional (PN) terhadap parti serta individu lain adalah tindakan ‘liar dan melampau’ bagi menakutkan rakyat, khususnya kaum Melayu.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim berkata, perbuatan itu jelas membuktikan gabungan berkenaan tidak menampilkan sikap yang melambangkan prinsip serta akhlak Islam seperti dilaungkan.

“Terbaharu, dengan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan agen Israel. Ia modal lama dikitar semula PAS yang jelas berniat jahat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam. Ia juga melampau, angkuh dan liar.

“Sementara kita menjunjung hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun perkara ini tidak termasuk untuk menghina dan memfitnah sesuka hati tanpa segan silu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malah, Kamil menegaskan, tindakan itu adalah perbuatan terkutuk dan hina di sisi agama.

Jelasnya, PN juga gagal mempamer perjuangan agenda yang sering dilaungkan ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), iaitu mempertahankan kepimpinan ulama.

Beliau berkata, seharusnya agenda itu membawa maksud memperteguh nilai kepimpinan Islam yang menganjurkan perdamaian dan mempamerkan akhlak pimpinan yang baik.

“Ia bukan mempertahankan sikap pemimpin yang penuh dengan adu domba dan caci maki.

“Perkara itu akhirnya akan meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Lantaran itu, Kamil berkata, gejala tersebut harus dibendung segera bagi memastikan ia tidak menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman awam.

“Pemimpin berkenaan harus segera berhenti menyebar dakyah kebencian yang tidak berasas, sebaliknya menumpukan kepada usaha membina semula negara dan memperkukuh ekonomi,” katanya.

Anwar yang juga Presiden PKR, mula dikaitkan dengan fitnah itu apabila Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mempersoalkan pendirian Ahli Parlimen Tambun terbabit berhubung penahanan beberapa individu, termasuk rakyat tempatan apabila disyaki terbabit dengan ejen perisikan Israel, Mossad.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengarahkan pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil yang memaklumkan Pakatan Harapan (PH) juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak mengaitkan pemimpin gabungan itu sebagai ejen Israel,” katanya. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 7 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan