web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Abdul Hadi Masih Anggap Kerajaan Perpaduan Anwar Rapuh, Tak Cukup Sokongan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 9:07PM

Abdul Hadi Awang berkata, barisan Jemaah Menteri dilantik juga adalah dalam kalangan Ahli Parlimen yang disebut pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai perompak dan penyamun - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Kerajaan Perpaduan ditubuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘pentadbiran rapuh’ berikutan tidak cukup jumlah majoriti.

Beliau berkata, barisan Jemaah Menteri dilantik juga adalah dalam kalangan Ahli Parlimen yang disebut pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai perompak dan penyamun.

“Kerajaan ditubuhkan ini merupakan sebuah kerajaan yang rapuh atas faktor tidak cukup jumlah majoriti.

“Tambahan pula, terdapat Jemaah Menteri dilantik merupakan kalangan yang disebut pemimpin PH sebagai perompak dan penyamun,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kecewa kerana individu yang dibelenggu pelbagai masalah dilantik sebagai Menteri. 

Bagaimanapun, beliau mengharapkan agar orang ramai, khususnya penyokong PN untuk bersabar seketika dan menerima ujian daripada Allah dengan sebaiknya. 

“Rasulullah sendiri pernah diuji apabila turun ayat bahawa Nabi SAW akan memasuki Makkah, namun apabila baginda ingin memasuki Makkah dalam peristiwa Hudaibiyah, disekat jalannya.

“Selepas beberapa tahun barulah Nabi SAW berjaya memasuki Makkah dan membebaskannya daripada kekuasaan musyrikin Makkah. 

“Marilah kita mengambil contoh daripada perjuangan baginda Nabi SAW ini dalam usaha kita menegakkan syariat Islam di Malaysia,” katanya. 

Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar memiliki 28 menteri dan menjadi Kabinet lebih kecil, berbanding kepimpinan dua Perdana Menteri terdahulu.

Ia turut disertai Ahmad Zahid yang memegang dua portfolio, iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kabinet Anwar turut menyaksikan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan seorang lagi adalah Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi. – Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

2

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

4

Politik 1 tahun yang lalu

Muhyiddin, Hadi Perlu Isytihar Akur Peringatan Agong, ‘Ini Ujian Sama Ada…’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula