web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kluster Mahkamah Hanya Ciptaan Parti Lawan, ‘Senjata Politik’ Jatuhkan UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 9:25PM

Jamal Md Yunos - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agenda kluster mahkamah yang kini dilaungkan pihak tertentu, hanyalah sebuah ciptaan ‘senjata politik’ yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) bagi menjatuhkan pemimpin UMNO. 

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ungkapan itu hanyalah platform bagi PN untuk membalas dendam terhadap kepimpinan tertinggi parti terbabit, khususnya kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak. 

Menurutnya, kluster mahkamah adalah permainan yang dimulakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri ketika mentadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH), selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

“Tun Mahathir menjadikan Najib sebagai tempat membalas dendam kesumat, dari sebelum PRU-14 sudah meletakkan di dalam manifestonya untuk menangkap dan penjarakan Najib, sehingga melakukan tindakan geladah tangkap dahulu baru cari bukti. 

“Seperti Ahmad Zahid pula selepas menang Presiden UMNO, dipanggil Tun Mahathir untuk membubarkan partinya dan apabila tidak mahu, maka beliau dikenakan sehingga 82 pertuduhan supaya rakyat melihat pemimpin itu terlalu korup dan salah guna kuasa,” katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini. 

Dalam pada itu, Jamal menasihatkan pemimpin PN agar bersedia digelar sebagai kluster mahkamah sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakan bagi menyiasat ketirisan dalam kalangan parti komponen gabungan terbabit. 

Jelasnya, terdapat keperluan gabungan itu diambil tindakan berikutan sewenangnya mengarahkan agensi penguatkuasa yang menyebelahi mereka, membuka kertas pertuduhan serta kes terpilih ketika menjadi kerajaan. 

“Mereka juga berniat mengaibkan pemimpin UMNO dan menjadikan ia sebagai kluster mahkamah. Datuk Wan Saiful Wan Jan mungkin akan bergelar kluster mahkamah bersama Muhyiddin. 

“Ia termasuk beberapa pemimpin PAS seperti Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan mungkin ramai lagi yang akan jadi kluster mahkamah, jika Anwar sebagai Perdana Menteri mengambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin melihat Anwar sudah menggadai prinsip tatakelola baik yang kononnya mahu dibawa parti beliau, seperti dijaja ketika berkempen pada PRU-15 apabila melantik kleptokrat menganggotai Kabinet. 

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, tindakan Anwar itu juga ibarat menjual maruah negara semata-mata demi mencapai keinginan menjadi Perdana Menteri.

Lebih mengecewakan, Muhyiddin berkata, apabila Anwar turut memegang jawatan Menteri Kewangan dan tindakan itu akan membawa kepada pemusatan kuasa serta penyelewengan berskala besar. - Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

2

Semasa 4 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

3

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan