web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Barisan Jemaah Menteri Saling Melengkapi, Sesuai Keperluan Semasa - Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 11:40AM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Jemaah Menteri yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bersesuaian dengan keperluan semasa walaupun jumlahnya jauh lebih kecil berbanding sebelum.

Ketua UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Kabinet baharu itu saling melengkapi dari aspek pentadbiran dan politik.

Menurut beliau, pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ialau satu pilihan penuh strategi untuk memperkukuh kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Zahid yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal luar bandar ini dilihat boleh membantu membawa pembangunan lebih efektif dan dalam masa sama, dapat mengekang pengaruh PN (Perikatan Nasional) yang menyasarkan penduduk kampung untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

“Malah sejarah tercipta dalam pembentukan Kabinet kali ini, apabila menyaksikan buat pertama kali wujud jawatan TPM untuk pulau Borneo, Sarawak dan Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Nur Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, pelantikan Datuk Seri Fadillah Yusoff mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai Timbalan Perdana Menteri 2 adalah usaha untuk memberikan fokus lebih teliti, sekali gus mengimbangi kadar pertumbuhan Borneo dan Semenanjung.

“Di Kementerian Dalam Negeri pula, Anwar sudah semestinya meletakkan kepercayaan kepada ‘orang kanannya’, Setiausaha Agung PKR, (Datuk Seri) Saifuddin Nasution (Ismail) untuk menjaga portfolio keselamatan negara.

“Sebab itulah biarpun kalah pada PRU15, Anwar melantik sahabat setia beliau itu sebagai Senator dan juga menteri,” katanya.

Pembentukan Kabinet baharu jelas beliau, menjadi lebih menarik apabila DAP mengambil pendekatan menampilkan muka baharu untuk diangkat sebagai menteri mewakili parti tersebut.

“Nga Kor Ming, Anthony Loke, Hannah Yeoh dan (V) Sivakumar merupakan barisan pemimpin yang bakal dilihat mampu menerajui parti itu pada PRU-16 nanti.

“DAP dilihat banyak berkompromi dalam isu pemilihan wakil mereka dalam Kabinet, apabila pemimpin senior mereka seperti (Lim) Guan Eng dan Gobind Singh memberi laluan kepada rakan sepasukan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Nur Jazlan yang tewas dalam cubaan merebut kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berkata, jajaran perpaduan UMNO-PH jika dapat direalisasikan, mampu menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negara.

“Ini kerana dasar UMNO yang tidak ekstrem seperti mana PAS, boleh disesuaikan dengan dasar PH yang sentiasa mengamalkan konsep politik terbuka.

“Saya melihat UMNO mampu bangkit dalam tempoh lima tahun lagi dan orang Melayu akan kembali menyokong UMNO selepas pelbagai baik pulih dilakukan dalam parti ini,” katanya.

Nur Jazlan menarik perhatian, PH khususnya DAP pasti akan melihat wujud kepentingan untuk terus menjalinkan kerjasama bagi memastikan undi kaum Melayu tidak lagi berpihak kepada PN.

“Bagi saya, baik UMNO atau PH masing-masing ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Yang tinggal cuma macam mana nak cari titik persamaan antara mereka untuk dijadikan satu kelebihan bagi berdepan cabaran masa depan.

“Dalam keadaan sekarang ini pun, PH sedar akan keperluan untuk bersama UMNO dalam menubuhkan kerajaan perpaduan kerana tanpa persetujuan dan sikap berjiwa besar UMNO, tak mungkin PH berjaya membentuk kerajaan seperti hari ini,” katanya. - Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Cuba Bawa Saksi Ke Parlimen, Tindakan PAC Hina Institusi Kehakiman - Nur Jazlan

2

Politik 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Terpesong Kerana ‘Ajaran Sesat’ PAS - Nur Jazlan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pengunduran BERSATU Sabah Kifarah Untuk Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PBM Kecewa Tak Dipilih Sertai Kabinet, Ikrar Terus Sokong Kerajaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang