web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PBM Kecewa Tak Dipilih Sertai Kabinet, Ikrar Terus Sokong Kerajaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Dec 2022 12:45PM

Larry Sng - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng meluahkan rasa kecewa apabila tiada wakil parti tersebut tersenarai dalam barisan Kabinet.

Menurut beliau, PBM adalah antara yang terawal menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Bagaimanapun kita tidak boleh membiarkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan untuk negara.

“Ketika negara melangkah, kita juga harus memainkan peranan setakat yang termampu untuk mengukuhkan pembentukan kerajaan. Itu yang berhak Malaysia miliki,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Larry berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat bersama barisan kepemimpinan PBM beberapa hari lagi.

“Mesyuarat itu bagi membincangkan hala tuju parti selepas ini,” katanya.

PBM katanya, akan kekal sebagai parti nasional, justeru adalah penting untuk mereka meluaskan kedudukan parti.

“Saya tidak menolak kemungkinan bergabung atau menyertai gabungan bersama parti lain, seperti apa yang kami rancangkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan senarai Timbalan Menteri, bagi melengkapi seluruh Kabinet pimpinannya di bawah kerajaan perpaduan.

Antara dipilih termasuk Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri Kewangan 1 dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli yang dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan. - Getaran, 10 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi