web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Tuduhan Keterlaluan, Jadilah Pembangkang Bermaruah - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 9:24AM

Asyraf Wajdi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuduhan bahawa kerajaan perpaduan akan melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi membolehkan negara dikuasai kaum tertentu adalah satu sentimen perkauman yang amat keterlaluan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Parlimen terlebih dahulu perlu meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan mahu dilaksanakan.

Menurut beliau, akta tersebut membolehkan pemilihan ahli majlis dilakukan oleh kerajaan negeri, tanpa melibatkan sebarang bentuk pilihan raya.

“Pindaan ini memerlukan majoriti mudah. DAP atau PH (Pakatan Harapan) tidak mampu untuk meminda akta tersebut sendirian memandangkan mereka hanya mempunyai 82 kerusi parlimen sahaja.

“UMNO - BN (Barisan Nasional) dari awal sudah berpendirian tidak akan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Asyraf yang tewas dalam cubaan merebut kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bulan lalu menegeaskan, pindaan akta tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan UMNO dan BN.

“Justeru itu, tidak perlu memainkan isu perkauman keterlaluan. 

“UMNO akan sentiasa kekal berpendirian mempertahankan perlembagaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa Bumiputera dan kedudukan Islam,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kesemua aspek tersebut tidak pernah dikompromi walaupun menjalinkan kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Satu perkara yang cuba ditutup oleh sesetengah pihak adalah kemampuan UMNO untuk kekal mempertahankan kedudukan Melayu Islam ketika bekerjasama dengan DAP, berbeza dengan pengalaman PAS dan BERSATU ketika berada dalam kerjasama dengan parti berkenaan.

“Sebagai contohnya ketika PAS bersama dengan DAP memerintah Perak tahun 2008, DAP mendapat tujuh jawatan Exco dan jawatan Speaker,” katanya.

Mengulas lanjut Asyraf berkata, perkara itu tidak berlaku menerusi kerjasama DAP dan UMNO tahun ini, apabila DAP berpuas hati dengan hanya empat jawatan Exco. 

“Walhal jumlah Adun DAP Perak pada tahun 2008 dan tahun ini adalah sama sahaja iaitu 18 orang, begitu juga ketika BERSATU bergabung dengan DAP membentuk kerajaan PH pada 2018. 

“DAP memperoleh enam jawatan menteri penuh termasuk Menteri Kewangan, tetapi apabila UMNO bekerjasama dengan DAP tahun ini selepas dititah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, DAP telah berkompromi untuk memegang (jawatan) empat menteri penuh sahaja, sedangkan UMNO mendapat enam menteri penuh termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Jelas Asyraf, senario tersebut membuktikan kemampuan UMNO untuk memastikan kerajaan hari ini kekal berteraskan Melayu Islam seperti citra bangsa Malaysia, serta kompromi generasi pimpinan baharu DAP yang lebih memahami fabrik sosial negara berbanding generasi sebelumnya.

“Apapun berikan peluang kepada kerajaan hari ini memerintah. Tidak perlu terganggu dan kecewa gagal menjadi kerajaan. 

“Jadilah pembangkang bermaruah sepertimana yang diikrarkan. Bukannya mencari populariti dengan menjual naratif ketakutan,” tegasnya. 

Dua hari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching dipetik sebagai berkata, usaha mengembalikan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu memerlukan kajian lanjut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja itu, aspek berkenaan tidak tersenarai dalam manifesto PH atau kerjasama kerajaan perpaduan bersama BN.

Sandrea membuat kenyataan tersebut sebagai reaksi terhadap laporan sebuah portal berita yang mendakwa, pilihan raya kerajaan tempatan akan dilaksanakan semula, selaras dengan perjuangan DAP sejak sekian lama.

Pelaksanaan pilihan raya tersebut di negara ini dihentikan pada 1964, susulan kekhuatiran ia akan menyemarakkan ketegangan kaum, khususnya di kawasan yang didominasi bangsa tertentu. - Getaran, 6 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang