web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Turunkan Jumlah Judi Bagus Tapi Jangan Fitnah PAS, PN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 7:00AM

Tidak sewajarnya Perdana Menteri memberi bayangan kononnya Perikatan Nasional (PN) menggunakan dana daripada syarikat judi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menyambut baik langkah menurunkan jumlah cabutan undi yang dibawa kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS,  menegaskan, tidak seharusnya pengumuman berkenaan ditambah dengan fitnah atau berita palsu. 

Khairil Nizam Khirudin - Gambar fail
Khairil Nizam Khirudin - Gambar fail

"Usaha itu bagus tapi tak perlulah ditambah dengan fitnah. Adakah penyokong Pakatan Harapan (PH) sudah habis modal (untuk) burukkan PAS sehingga sanggup kitar semula fitnah kata PAS sokong peningkatan cabutan judi. 

"Dalam PAS, kami diajar berpolitik secara matang dan sejahtera," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kelmarin, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, beliau membatalkan keputusan kerajaan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun.

Susulan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, bermula 1 Januari depan, cabutan khas berkenaan akan kembali kepada lapan kali.

Perdana Menteri berkata, apabila merujuk kepada isu perjudian, beliau yakin sebahagiannya digunakan untuk membiayai pergerakan parti tertentu sewaktu pilihan raya. 

Namun katanya, beliau perlu menyemak perkara berkenaan dengan lebih lanjut.

Jelas Khairil, tidak sewajarnya untuk Perdana Menteri memberi bayangan kononnya Perikatan Nasional (PN) menggunakan dana daripada syarikat judi.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut meminta agar Pengerusi PH itu mengemukakan bukti terhadap dakwaan tersebut. 

"Sekarang Perdana Menteri tambah pula sentimen minta orang membayangkan PN menggunakan dana judi untuk bantu kempen PRU. 

"Buat apa bayang-bayang. Kalau ada bukti, kemukakan lah. Kasihan, sudah jadi kerajaan pun masih ada mentaliti pembangkang," katanya. 

Khairil turut mencabar kerajaan Persekutuan agar mencontohi Kelantan, Terengganu dan Kedah yang telah mengharamkan terus kedai judi di bawah pentadbiran PAS.

"Alang-alang, saya nak cadang kepada kerajaan untuk hapuskan terus judi macam yang dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ada berani?

"Untuk makluman semua, cukai judi menunjukkan penurunan mendadak kerana banyak pusat judi berjaya ditutup di negeri PAS memerintah," katanya. 

Mengulas lanjut, Khairil menegaskan, beliau sendiri telah membantah penambahan bilangan cabutan judi pada Januari 2021 melalui artikel yang diterbitkan di lidah rasmi PAS. 

Dalam artikel itu, beliau menzahirkan kebimbangan terhadap langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) menambah kekerapan cabutan khas judi dari lapan kali pada tahun 2020 kepada 22 kali setahun. 

"Sekali pun kekerapan cabutan ini bertujuan untuk menambahkan pendapatan negara bagi mengekang wabak COVID-19, Pemuda PAS berpendapat, ia bukan jalan penyelesaian terbaik.

“Judi adalah haram di sisi Islam selain akan menambah lebih banyak masalah sosial dalam kalangan rakyat. Masih ada jalan lain yang boleh digunakan tanpa perlu menambah kekerapan cabutan ini,” katanya dalam artikel itu. - Getaran, 7 Disember 2022



 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan