web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ronald Kiandee Ganti Hajiji, Galas Jawatan Pengerusi Perhubungan PN Sabah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 5:03PM

Ronald Kiandee - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee dilantik sebagai Ketua BERSATU Sabah, menggantikan Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan itu bermakna Ronald turut menggalas jawatan Pengerusi 

Badan Perhubungan Negeri PN Sabah. 

Menurut beliau, BERSATU Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun Hajiji dan pengikutnya mengumumkan keluar parti.

“Badan Pimpinan Negeri, Bahagian, Cawangan BERSATU di Sabah ditubuhkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU dan hanya MPT BERSATU yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan parti untuk menentukan kedudukaannya,” katanya, hari ini.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran bertanggungjawab menyelia dan menguruskan BERSATU Sabah. 

“Beliau juga bertanggungjawab atas penyusunan semula BERSATU Sabah dan PN Sabah, seperti diputuskan oleh MPT BERSATU dan MT PN,” katanya.

Muhyiddin turut meluahkan kekecewaan atas sikap Hajiji dan pengikutnya kerana tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti yang telah meletakkan mereka pada kedudukan tinggi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Kemenangan mereka dalam PRN yang lalu adalah atas logo PN. 

“Saya percaya semua ahli BERSATU di negeri Sabah setia dengan perjuangan parti dan akan terus kekal dalam BERSATU yang merupakan parti komponen Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan,” katanya. 

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, parti juga akan membuat keputusan berhubung kedudukan empat Ahli Parlimen BERSATU yang bertanding menggunakan logo GRS pada PRU-15.

“Ia akan ditentukan berdasarkan undang-undang anti lompat parti di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global